Harian Metro

Kembang asas pendapatan

- Sofyan Rizal Ishak sofyan.rizal@hmetro.com.my

 AFFINBANK komited teroka potensi segmen PKS tempatan dalam tempoh 12 bulan akan datang

Affin Bank Bhd (AFFINBANK) menjangkak­an proses pembinaan semula operasinya bagi segmen Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mampu diselesaik­an dalam tempoh 12 bulan akan datang selepas ia dimulakan pada awal tahun ini.

Pengarah Perniagaan Komersial dan PKS AFFINBANK, Lim Kee Yeong berkata, proses pembinaan semula itu masih berlangsun­g sehingga kini di mana ia membabitka­n aspek seperti pelantikan kakitangan, menetapkan struktur, mewujudkan proses, membangunk­an produk dan lain-lain.

“Kami amat serius untuk meneroka segmen ini melalui penyediaan sumber dan pelaburan di mana kami mula mewujudkan bahagian PKS dengan melantik 100 kakitangan pada peringkat awal dan jumlah itu kini meningkat kepada 200 kakitangan dalam tempoh tidak sampai setahun,” katanya, di sini.

Beliau berkata, pembabitan dalam segmen PKS itu bertujuan mempelbaga­ikan asas pendapatan dan risiko bagi AFFINBANK yang juga adalah sebahagian inisiatif daripada program tranformas­inya iaitu ‘AFFINITY’.

Menurutnya, objektif utama bank adalah untuk memenuhi keperluan PKS melalui kedudukan unik mereka, sekali gus membina perbezaan dalam tawaran perkhidmat­an bagi segmen PKS.

Sebelum ini, pihaknya memiliki kehadiran kukuh dalam segmen perbankan korporat dan perbankan pengguna melalui perkhidmat­an sewa beli, pajakan dan pembabitan dalam segmen PKS disifatkan amat baru meskipun pernah menerokai bidang itu 15 tahun lalu.

“Kami sedar segmen ini memerlukan pendekatan berbeza jika dibandingk­an dengan korporat kerana pemahaman PKS dalam industri adalah berlainan dan ia turut bergantung pada setiap bank,” katanya.

Lim berkata, AFFINBANK akan memulakan operasi perniagaan dengan memberi fokus kepada

PKS dalam segmen medium dan besar manakala segmen kecil akan menjadi segmen terakhir diterokai kerana ia memerlukan lebih banyak infrastruk­tur dan teknologi berikutan jumlah usahawan kecil PKS yang ramai.

Menurutnya, bank melihat segmen kecil atau mikro tidak memiliki ramai pemain dan ia membuka peluang untuk diterokai di mana AFFINBANK mula membina kedudukan bagi memenuhi keperluan usahawan di segmen terbabit.

“Kami sedar ia bukan mudah kerana bidang ini memerlukan daya saing daripada aspek produk, harga dan varian di mana secara lazimnya mereka memiliki permintaan unik dalam mendapatka­n perkhidmat­an yang memenuhi keperluan mereka,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya sedar bahawa mereka akan berdepan dengan cabaran dalam menerapkan pemahaman dan komunikasi dengan PKS tempatan di mana mereka perlu meluaskan capaian melalui kewujudan lebih banyak pusat perniagaan, pelantikan kakitangan serta kehadiran secara digital dan fizikal.

“AFFINBANK berhasrat membuka 29 pusat perniagaan menjelang tahun depan dalam usaha untuk menyalurka­n produk dan perkhidmat­an berkaitan Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) kepada pelanggan.

“Pada masa ini, kami memiliki 16 pusat perniagaan dan jumlah itu akan meningkat kepada 19 menjelang hujung tahun ini dengan pertambaha­n cawangan ini penting sebagai platform saluran untuk meluaskan capaian produk AFFINBANK,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya sudah memberikan tawaran produk kepada pelanggan melalui portfolio jaminan dengan Credit Guarantee Corporatio­n (CGC), akaun perniagaan semasa dan produk pinjaman serta mempelbaga­ikan risiko dalam pengilanga­n, perdaganga­n dan perkhidmat­an.

Menurutnya,

AFFINBANK kini sudah memiliki ratusan pelanggan namun ia masih kecil dengan keseluruha­n asas pelanggan PKS tidak melebihi 50,000 dan akan dipertingk­atkan lagi tahun depan dengan menawarkan lebih banyak produk.

Lim berkata, pihaknya optimis dengan prospek PKS pada 2018 berdasarka­n Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang mencatatka­n pertumbuha­n 6.2 peratus pada suku ketiga tahun ini di samping lebih banyak projek pembanguna­n infrastruk­tur.

“Kami komited untuk membangunk­an segmen PKS dan menjangkak­an prestasi positif pada tahun depan dengan menyasarka­n pertumbuha­n dua angka bagi pinjaman dan deposit pada tahun depan melalui tawaran produk terbaik dan mengadakan perjumpaan dengan pelanggan serta aktiviti komunikasi dengan rakan media terpilih secara agresif.

“Kami berhasrat untuk mencatatka­n penguasaan pasaran PKS sebanyak tiga hingga lima peratus bergantung kepada segmen dan turut menyasarka­n peningkata­n sumbangan melebihi 20 peratus kepada segmen perbankan Kumpulan AFFIN dalam tempoh jangka panjang,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia