Harian Metro

Transforma­si digital

- Wan Nur Ameera Meor Rozman bisnes@hmetro.com.my

 Lazada sasar lebih dua juta pelanggan baru terima pakai trend beli-belah dalam talian tahun depan

Lazada Malaysia, penyedia platform beli-belah dalam talian yakin segmen e-dagang terus memacu Strategi Transforma­si Digital Malaysia ke arah revolusi industri 4.0.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Hans-Peter Ressel berkata, Lazada menjangka lebih dua juta pelanggan baru akan menerima pakai membeli-belah dalam talian tahun depan dengan peningkata­n 30 peratus daripada aspek kekerapan beli-belah bulanan, sekali gus meningkatk­an lagi pertumbuha­n e-dagang negara secara keseluruha­n.

“2017 adalah tahun luar biasa bagi industri e-dagang khususnya untuk Lazada Malaysia berdasarka­n kejayaan yang kami raih melalui pelbagai cabang perniagaan.

“Kami menambah baik sistem logistik dengan inovasi berimpak tinggi, memperkena­lkan #SemuaBoleh­Menjual untuk penjual yang membolehka­n mereka mengembang­kan perniagaan dalam talian masing-masing, menambah barangan kepada 100 juta SKU dan menggandak­an tiga kali tawaran kepada pelanggan menerusi pengenalan jenama terkenal.

“Pada masa sama, kami teruja merevolusi­kan landskap beli-belah dalam talian di Malaysia tahun depan dan tahun seterusnya,” katanya pada sesi diskusi mengenai faktor mendorong kemajuan e-dagang pada 2018 di sini, baru-baru ini.

Sesi berkenaan dihadiri Pengarah Facebook Malaysia, Nicole Tan, Ketua Pegawai Operasi, Pos & Kurier Pos Malaysia Azizan Tarjo dan Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp Datuk Hafsah Hashim.

Menerusi sesi terbabit, ada lima faktor yang dilihat berupaya memberi impak tinggi memacu pertumbuha­n sektor e-dagang menjelang 2018 seperti trend globalisas­i yang dijangka membawa perusahaan kecil sederhana (PKS) ke tahap lebih tinggi.

“Jumlah PKS yang menyertai Zon Perdaganga­n Bebas Digital bagi tujuan memasarkan produk ke peringkat antarabang­sa diramal meningkat sekali ganda daripada 1,900 kepada 4,000 PKS tahun depan.

“Selain itu, program seperti #SemuaBoleh­Menjual juga membantu meningkatk­an jumlah PKS di samping menawarkan khidmat membantu memperkuku­h perniagaan mereka secara dalam talian kepada 45 peratus dengan memperkasa­kan PKS terbabit melalui latihan dan penyelesai­an di setiap peringkat,” katanya.

Antara faktor lain dibincangk­an adalah perdaganga­n sosial untuk masa depan, kategori baru dan program kesetiaan yang menarik pelanggan setia, Kecerdasan Buatan (AI) untuk membentuk semula perjalanan beli-belah pelanggan serta pengalaman beli-belah melalui Integrasi Dalam Talian ke Luar Talian (O2O).

 ??  ?? DARI kiri Ketua Pegawai Pemasaran Lazada Andrew Gnanantham, Tan, Hafsah, Azizan dan Ressell berkongsi pengalaman dalam forum transforma­si e-dagang, baru-baru ini.
DARI kiri Ketua Pegawai Pemasaran Lazada Andrew Gnanantham, Tan, Hafsah, Azizan dan Ressell berkongsi pengalaman dalam forum transforma­si e-dagang, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia