Harian Metro

Catat lebih 2.5 juta pesanan dalam 24 jam

-

Kuala Lumpur: Shopee mencatatka­n lebih 2.5 juta pesanan dalam tempoh 24 jam dalam jualan kilat

Jualan Murah 12.12 dan Kemuncak Berganda Shopee Mall pada 12 Disember lalu.

Pengarah Urusan Serantauny­a Ian Ho berkata, peningkata­n dalam jumlah pesanan itu adalah lonjakan lima kali ganda berbanding prestasi direkodkan tahun lalu.

Beliau berkata, bagi pasaran Malaysia, lebih 500,000 produk terjual apabila pelanggan Shopee merebut pelbagai promosi hebat yang diadakan ke atas enam juta produk yang juga sebahagian daripada Jualan Murah Ulangtahun Shopee.

“Jualan Murah 12.12, jualan kilat dan Kemuncak Berganda Shopee Mall diberi keutamaan sebagai sebahagian daripada sambutan ulangtahun Shopee menerima sambutan yang menggalakk­an.

“Kami teruja bekerjasam­a dengan jenama terkemuka termasuk PETRONAS, Digi, Havaianas dan MR DIY yang menyumbang pada kejayaan kempen ulang tahun kali ini dan berharap dapat meneruskan usahasama seperti ini pada kempen akan datang,” katanya di sini.

Jenama berkenaan memilih Shopee sebagai rakan e-dagang pertama mereka dan kebanyakan­nya mencatatka­n peningkata­n tinggi dalam jualan dengan lonjakan sehingga 100 kali ganda berbanding hari biasa.

Ian berkata, jumlah pesanan sepanjang 12 Disember tahun ini meningkat 15 kali ganda berbanding tahun sebelumnya yang mana dalam tempoh 1 jam 6 minit, ia memecahkan rekod tahun lalu.

“Transaksi paling tinggi direkodkan oleh pengguna adalah RM15,000 dan produk pertama dijual pada 12.12 adalah beg kanvas,” katanya.

 ??  ?? HO pada pelancaran kempen Shopee, baru-baru ini.
HO pada pelancaran kempen Shopee, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia