Harian Metro

KELUARGA ‘TUKAR-TUKAR’

- Daily Mail

Empat sekeluarga dilaporkan menjalani kehidupan sebagai keluarga transgende­r yang menetap di Queen Creek, Arizona

Daniel Harrott, 41, yang dilahirkan sebagai wanita, mempunyai dua anak kandung tetapi kini memilih hidup sebagai lelaki.

Manakala tunangnya, Shirley Austin, 62, dilahirkan sebagai lelaki dan dua anaknya yang dilahirkan sebagai lelaki serta wanita, Joshua, 13 dan Mason, 11, memilih kehidupan jantina berbeza kerana mendakwa dilahirkan ‘salah badan.’

“Seluruh keluarga melalui perubahan,”

Austin kepada KJZZ.

Dia sebelum ini menjalani kehidupan sebagai seorang wanita, namun tidak pernah berasa selesa apabila mengenakan alat solek serta pakaian wanita.

Dua anaknya itu dilahirkan menerusi perkahwina­nnya sebelum ini dengan Joshua kini kata mendakwa merasakan dirinya berbeza daripada kanak-kanak perempuan lain ketika berusia sekitar enam tahun.

Sementara itu, Harrott mendakwa dia merasakan golongan transgende­r sebenarnya wujud dalam keluargany­a sejak 100 tahun lalu.

“Kakak kepada nenek saya sering disebut sebagai wanita yang lebih gemar berpakaian seperti lelaki.

“Nenek menceritak­an perkara itu kerana rasa terganggu dengannya, malah disebabkan itu dia sering menegaskan supaya ibu berpakaian

 Empat beranak ubah jantina pilih hidup sebagai transgende­r

seperti wanita supaya tidak terjebak menuruti ibu saudaranya itu,” katanya.

Harrott berkata: “Saya cuma berharap anak-anak saya dapat rasa diterima kerana diri sendiri. Itu harapan sesiapapun, untuk diterima.”

 ??  ?? HARROT (berdiri, belakang) dengan keluargany­a. - Daily Mail
HARROT (berdiri, belakang) dengan keluargany­a. - Daily Mail
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia