Harian Metro

Rindu ibu, makan abu mayat

-

London: Kerana terlalu rindu, seorang wanita akan menjamah abu mayat ibunya sebagai santapan Krismas tidak lama lagi bagi memastikan dia sentiasa berada ‘di sisi’ wanita itu yang meninggal dunia pada Mei lalu.

Ibu beranak dua, Debra Parsons, 41, berkata, dia mahu menjadikan abu mayat ibunya itu sebagai ‘perencah’ hidangan ayam belanda dan puding sebagai pencuci mulut yang akan dihidangka­n sempena perayaan itu.

Katanya, sejak kematian ibunya, Doreen Brown, dia mengambil sesudu abu mayat setiap hari supaya berasa rapat dengan mendiang dan keinginan itu semakin membuak apabila terpaksa menyambut Krismas bersendiri­an.

“Hanya itu dapat membantu saya melalui sambutan Krismas pertama tanpa kehadiran ibu.

“Orang mungkin menyangkak­an saya gila atau tidak menghormat­i mendiang tetapi saya tidak boleh berhenti melakukann­ya.

“Saya melihatnya dari sudut positif, supaya hubungan kami lebih rapat dan dia sentiasa bersama keluarga. Saya rasa dia turut ‘hidup’ apabila sebagi dengan diri saya, dan bernafas melalui tubuh saya. Nafas saya adalah nafasnya,” kata Parsons.

Kematian Doreen akibat sesak nafas selepas dia mengalami jangkitan di dalam dada.

Ia kematian kedua dihadapi Parsons selepas kehilangan anak lelakinya pada Krismas 1996 yang dilahirkan pramatang.

Dia mengalami kesukaran menerima kematian itu selama bertahun-tahun dan kematian ibunya lebih memburukka­n keadaan.

“Saya dan ibu mempunyai hubungan yang sangat rapat dan tiada apa yang boleh memutuskan­nya walaupun kematian,” katanya.- Agensi

 ??  ?? DEBRA menunjukka­n abu mayat ibunya. - Agensi
DEBRA menunjukka­n abu mayat ibunya. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia