Harian Metro

Maut ditimbus bumi

- AFP

 Tanah runtuh akibat Ribut Tropika Kai-Tak ragut 26 nyawa

Tanah runtuh akibat Ribut Tropika Kai-Tak meragut 26 nyawa, manakala 23 yang lain dilaporkan hilang di timur Filipina, kata pihak berkuasa, semalam.

Kematian dilaporkan berlaku di Biliran, sehari selepas ribut berkenaan membadai Samar serta Leyte dan menyebabka­n bekalan elektrik terputus di 39 bandar selain merosakkan jalan serta jambatan, kata agensi bencana kebangsaan­nya.

Kira-kira 87,000 orang meninggalk­an kediaman mereka dengan tiga orang dilaporkan maut pada Sabtu lalu sebelum tanah runtuh berlaku. Agensi bencana bagaimanap­un tidak dapat mengesahka­n sama ada tiga mangsa berkenaan turut termasuk dalam 26 kematian dilaporkan semalam.

Pegawai pengurusan dan penguranga­n risiko bencana wilayah, Sofronio Dacillo berkata: “Kami mengesahka­n 26 orang mati akibat tanah runtuh di empat bandar di Biliran. Mayat mereka sudah ditemui.”

Jumlah kematian turut disahkan Gabenor Gerardo Espina yang menambah 23 orang masih hilang.

Kai-Tak semakin lemah setakat petang semalam dengan tiupan angin pada kelajuan 80 kilometer sejam, namun pegawai bencana memberi amaran banjir serta tanah runtuh masih boleh berlaku.

Seramai 15,500 penumpang turut terkandas kerana perkhidmat­an feri digantung di beberapa kawasan.

Petani, Eliaquin Pilapil, 55, yang terkandas di bandar pelabuhan Matnog berkata: “Sudah tiga hari saya terkandas di sini. Saya cuma mahu kembali ke pangkuan keluarga untuk Krismas.”

 ??  ?? KANAK-KANAK melintas di depan runtuhan rumah dan pokok tumbang di Barangay San Mateo Borongan, timur Filipina. - AFP
KANAK-KANAK melintas di depan runtuhan rumah dan pokok tumbang di Barangay San Mateo Borongan, timur Filipina. - AFP
 ??  ?? PENDUDUK kampung meranduk banjir di Brgy Calingatng­an, Borongan. - AFP
PENDUDUK kampung meranduk banjir di Brgy Calingatng­an, Borongan. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia