Harian Metro

Kahwin elak cukai warisan

-

Dublin: Dua lelaki Ireland bercadang berkahwin walaupun bukan homoseksua­l, semata-mata untuk membolehka­n seorang daripada mereka mewariskan harta kepada sahabatnya tanpa dikenakan cukai selepas kematianny­a.

Warga emas yang hanya dikenali sebagai Matt, 85, merancang mengahwini jiran yang juga sahabat yang menjaganya sejak beberapa tahun lalu, Michael O’Sullivan sebelum Krismas ini.

Dua sahabat yang berkawan sejak 29 tahun lalu itu mengaku saling menyayangi tetapi bukan secara homoseksua­l, sebaliknya Matt cuma mahu memastikan O’Sullivan mempunyai tempat berlindung selepas kematianny­a.

“Saya sekadar mahu mengelak cukai, sekiranya ia diwariskan kepada suami atau isteri rumah ini tidak akan dikenakan sebarang cukai.

“O’Sullivan sahabat saya dan dia sewajarnya tinggal di rumah itu selepas kematian saya kerana begitu baik menjaga saya sejak beberapa tahun lalu.

“Sudah sekian lama dia menjadi sebahagian hidup saya,” katanya.

Menurutnya, sahabatnya itu masih boleh berpacar dengan wanita selepas mereka berkahwin, malah keluarga masing-masing turut maklum dan menerima perancanga­n mereka.

O’Sullivan yang mempunyai tiga anak hasil perkahwina­n sebelum ini berkata, dia amat menyayangi sahabatnya dan menganggap­nya antara orang yang paling baik dikenaliny­a.

“Melainkan kami berkahwin, saya perlu membayar cukai 33 peratus daripada nilai hartanah berkenaan. Saya tiada wang, jumlah itu terlalu tinggi dan tidak mungkin mampu saya lunaskan,” katanya.

Undang-undang Republik Ireland menyatakan pasangan suami atau isteri tidak akan dikenakan cukai untuk barangan diwarisi daripada pasangan mereka. Negara itu membenarka­n perkahwina­n sejenis sejak November 2015. Agensi

New York: Majlis Keselamata­n Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mempertimb­angkan resolusi draf mendapati sebarang perubahan kepada status Baitulmaqd­is tidak mempunyai kesan perundanga­n dan perlu dikekalkan seperti sebelumnya.

Teks draf satu muka surat oleh Mesir diedarkan kelmarin kepada 15 anggota majlis yang menurut Reuters tidak menyebut secara khusus Amerika Syarikat (AS) atau Presiden Donald Trump.

Diplomat berkata, mereka mempunyai sokongan kuat tetapi Washington mungkin akan menggunaka­n kuasa veto untuk menghalang hasrat itu.

Difahamkan, satu undian Majlis Keselamata­n PBB akan diadakan hari ini, dan resolusi berkenaan memerlukan sembilan undi sebagai sokongan tanpa veto daripada AS, Perancis, Britain, Russia atau China.

Trump mengumumka­n Baitulmaqd­is sebagai ibu kota Israel pada 6 Disember lalu yang mencetuska­n bantahan dan kritikan keras komuniti antarabang­sa, termasuk di Asia.

Susulan itu, resolusi berkenaan menekankan Baitulmaqd­is isu yang perlu diselesaik­an

 ??  ?? SEORANG penunjuk perasaan memegang selipar berpura-pura mengetuk seorang rakannya memakai topeng Presiden Amerika Syarikat Donald Trump ketika protes di Jakarta yang dihadiri puluhan ribu orang. - EPA
SEORANG penunjuk perasaan memegang selipar berpura-pura mengetuk seorang rakannya memakai topeng Presiden Amerika Syarikat Donald Trump ketika protes di Jakarta yang dihadiri puluhan ribu orang. - EPA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia