Harian Metro

Jual Pyongyang komponen senjata Campak satu bandar

- Agensi

Melbourne: Seorang lelaki ditahan kerana dipercayai berurusan di pasaran gelap untuk menjual komponen peluru berpandu serta arang bagi pihak Korea Utara dalam tuduhan pertama seumpamany­a membabitka­n penjualan senjata pemusnah besar-besaran di Australia.

Lelaki dari Sydney itu dikenal pasti Australian Broadcasti­ng Corporatio­n dan media tempatan lain sebagai Chan Han Choi, 59, lelaki berketurun­an Korea yang tinggal di Australia sejak lebih 30 tahun lalu.

Chan yang ditahan kelmarin dilaporkan di bawah pemerhatia­n pihak berkuasa sejak awal tahun ini, kata Polis Persekutua­n Australia (AFP).

Asisten Komisioner AFP Neil Gaughan berkata: “Lelaki ini ejen yang setia kepada Korea Utara dan tindakanny­a semata-mata atas tujuan patriotik.

“Ini kali pertama kes seumpamany­a di Australia.”

Katanya, pihaknya percaya lelaki itu cuba menjadi broker untuk penjualan komponen peluru berpandu termasuk perisian untuk sistem panduan peluru berpandu balistik, selain cuba menjual arang kepada pihak ketiga di Indonesia dan Vietnam.

Menurutnya, urus niaga itu mampu membawa keuntungan ‘puluhan juta dolar’ jika berjaya dilaksanak­an.

“Lelaki itu juga berhubunga­n dengan pegawai kanan Korea Utara, tetapi tiada komponen peluru berpandu yang tiba di Australia. Kami juga tidak menemui bukti pembabitan pegawai kanan di Indonesia atau Vietnam dalam penjualan arang berkenaan.

“Semuanya dilakukan di pasaran gelap. Kami percaya semua aktiviti dilakukan sebagai satu lagi cubaan untuk meniagakan barangan dan perkhidmat­an sebagai cara meningkatk­an pendapatan kerajaan Korea Utara,” katanya. - Reuters

Seorang lelaki ditahan kerana membunuh isterinya yang curang sebelum mengerat mayat mangsa dan mencampakk­an anggota badannya ke seluruh bandar Rohtak awal minggu lalu.

Lelaki terbabit, Rajkumar Sachdeva dilaporkan membunuh isterinya Geetanjali selepas satu pergaduhan susulan wanita itu menjalin hubungan dengan suami kakak Sachdeva, Rakesh Kumar, malah tinggal sebumbung dengan kekasihnya sejak Jun lalu.

Sachdeva dan Geetanjali bertengkar selepas wanita itu pulang ke rumah untuk mengambil pakaiannya. Akibatnya, Sachdeva menghempas isterinya pada dinding menyebabka­n kepala wanita itu terhentak yang membunuhny­a serta-merta.

Dalam keadaan panik, Sachdeva mengerat mayat isterinya menggunaka­n kapak sebelum mencampakk­an anggota badan mangsa ke beberapa kawasan berbeza di bandar Rohtak.

Badan Geetanjali ditemui pada 11 Disember lalu selepas orang ramai melaporkan melihat anjing liar memakannya. Sebahagian lagi badan wanita itu ditemui di kawasan semak berhampira­n sebuah sekolah pada 22 November lalu, manakala sisa mayat yang lain masih belum ditemui kerana dipercayai dicampakka­n dalam terusan.

Superinten­dan

Rohtak, Pankaj Nain berkata, selepas menemui badan mangsa, pihaknya menghimpun­kan senarai wanita yang dilaporkan hilang sebelum mengenal pasti mayat itu berkemungk­inan milik Geetanjali.

“Kami terus menyoal siasat suami mangsa yang mengaku membunuhny­a. Kami masih menanti pengesahan DNA dan menanti padanannya dengan anak mangsa,” katanya.

Pasangan itu berkahwin

 Lelaki bunuh, kerat mayat isteri curang dengan biras sendiri

pada 2010 dan mempunyai dua anak yang masih bersekolah.

 ??  ?? SACHDEVA (tiga dari kiri) ditahan, kelmarin. - Agensi
SACHDEVA (tiga dari kiri) ditahan, kelmarin. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia