Harian Metro

‘Jangan ambil mudah pusingan kelayakan’

- Ferzalfie Fauzi ferzalfie@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Bekas pakar beregu negara, Datuk Seri Jalani Sidek meminta skuad negara melakukan persiapan rapi menjelang pusingan kelayakan Piala Thomas di Alor Setar, Kedah dari 6 hingga 11 Februari depan.

Menurutnya, walaupun memiliki kelebihan beraksi di laman sendiri, skuad negara tidak boleh mengambil mudah pusingan kelayakan itu yang diadakan sempena Kejohanan Berpasukan Asia susulan peningkata­n prestasi yang diperagaka­n pemain Hong Kong, Taiwan dan Thailand sejak akhir-akhir ini.

“Kita juga harus membariska­n pemain terbaik kerana dari situ kita mampu mengukur tahap kemampuan pasukan apabila sudah melayakkan diri sama ada mampu pergi lebih jauh hingga ke separuh akhir atau final,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Penutup Kem Bakat Badminton Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) 2017 di Kompleks Kecemerlan­gan Sukan Paralimpik, Kampung Pandan semalam.

Jalani berkata, analisa juga perlu dilakukan semula selepas gandingan utama beregu lelaki, Goh V Shem-Tan Wee Kiong digandingk­an semula tahun depan.

“Dari situ kita akan dapat lihat bagaimana Cheah Soon Kit (ketua jurulatih beregu lelaki) melakar strategi siapa yang akan diletakkan sebagai pasangan kedua dan siapa pula pemain simpanan dalam skuad berkenaan.

“Memang sebelum ini V Shem-Wee Kiong ada masalah dan dipisahkan, namun mereka digandingk­an semula demi negara. Saya bangga dengan kesudian mereka namun, kita perlu mengkaji emosi kedua-duanya sama ada ikhlas atau terpaksa digandingk­an semula,” katanya.

Jelas Jalani, semua perkara itu harus diperhalus­i sebelum skuad negara beraksi di pusingan kelayakan itu.

“Bagi pemain muda perseorang­an lelaki pula, saya harapkan mereka berjuang sebaik mungkin jika diberi peluang berada dalam skuad. Mereka perlu tahu Piala Thomas adalah kejohanan berprestij dan negara sentiasa mengharapk­an persembaha­n terbaik daripada mereka,” katanya.

 ??  ?? KONTINJEN dari pelbagai negeri pada Majlis Penutup Kem Bakat Badminton KBS 2017 di Kompleks Kecemerlan­gan Sukan Paralimpik, semalam.
KONTINJEN dari pelbagai negeri pada Majlis Penutup Kem Bakat Badminton KBS 2017 di Kompleks Kecemerlan­gan Sukan Paralimpik, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia