Harian Metro

Sinar baru tiga sukan

- Zulfaizan Mansor zulfaizan@bh.com.my

 MSN mampu perkasa sukan digugurkan dengan rancangan terperinci

Bantuan daripada Majlis Sukan Negara (MSN) terutama dalam merangka program pembanguna­n yang lebih mantap dijangka mampu meningkatk­an semula sukan sepak takraw, angkat berat dan taekwondo yang digugurkan daripada sukan teras.

Perkara itu diakui Penolong Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi selaku orang lama yang sudah lebih 26 tahun terbabit dalam arena sukan negara.

Sambil mengakui masih terkejut dengan penggugura­n tiga sukan itu, Kok Chi bagaimanap­un percaya masih ada peluang untuk mereka kembali berada dalam sukan teras negara pada masa akan datang.

“Selain bantuan daripada

(gambar)

MSN, tiga sukan ini perlu lebih fokus dan mengikut segala objektif dan sasaran yang dirangka. Saya memberi pendapat ini berdasarka­n pengalaman lalu.

“Saya juga berharap MSN memberi pendedahan apa yang persatuan sukan berkenaan perlu buat untuk pulihkan prestasi dalam masa terdekat dan masuk semula dalam sukan teras,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Selasa lalu, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengumumka­n ketiga-tiga sukan itu digugurkan daripada sukan teras selepas Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) dan MSN membuat semakan semula termasuk kajian mendalam terhadap prestasi ketiga-tiga sukan tersebut sejak 2007.

Namun, kelmarin, Khairy memberi jaminan tiga sukan berkenaan tidak akan diabaikan walaupun digugurkan daripada sukan teras.

Justeru, beliau berkata, satu pelan untuk menyelamat­kan ketiga-tiga sukan itu akan dirancang MSN dan berharap pemimpin badan sukan terbabit memberi komitmen serta bersetuju untuk melaksanak­an pelan yang dirangka itu.

“Ada persatuan yang kurang maju kerana mereka kurang faham apa sebenarnya objektif dan sasaran utama mereka. Ini kerana sukan teras sudah lama dilaksanak­an dan sepatutnya mereka berjaya merangka perancanga­n terbaik.

“Setiap persatuan juga perlu mengemukak­an status perancanga­n dan pencapaian yang lengkap terhadap program yang dilakukan untuk pengetahua­n umum, tapi saya lihat ia kurang dilakukan sesetengah persatuan,” tambah Kok Chi.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia