Harian Metro

Peillat senjata berbisa THT

- Haika Khazi mfaizul@bh.com.my

Pasukan Hoki Terengganu sedia mempertaha­nkan gelaran juara Piala Tan Sri P Alagendra biarpun empat pemain import termasuk pakar pukulan sudut penalti dari Argentina, Gonzalo Peillat, hanya akan tiba di Malaysia seawal, pada 3 Januari depan.

Jurulatihn­ya Sarjit Singh, berkata, sebagai persiapan awal semua pemain tempatan THT kini giat menjalani latihan bermula minggu lalu bagi memastikan mereka mampu layak ke final Piala Tan Sri P Alagendra, mulai 3 hingga 7 Januari ini.

“Saya rasa menang sesuatu gelaran adalah lebih mudah berbanding mempertaha­nkan, jadi kami akan mencuba sebaik mungkin selepas memulakan latihan mulai minggu lalu.

“Sasaran pertama kali adalah untuk mara ke final sekali gus mencerahka­n peluang untuk mempertaha­nkan gelaran juara Piala Tan Sri P Alagendra pada tahun ini. Kalau gagal ke final macam mana kami mahu mempertaha­nkan gelaran juara.

“Kami memang sudah mendapat kemenangan percuma di pusingan pertama dan bakal bertemu UiTM di pusingan kedua sebelum ke separuh akhir dan seterusnya,” katanya ketika sidang media semalam.

Bagaimanap­un, Sarjit berkata, semua pemain import THT hanya akan tiba di Malaysia untuk beraksi bersama pasukan terbabit secara berperingk­at dan dapat beraksi final pada 7 Januari nanti.

“Saya memang tidak risau mengenai masalah keserasian antara pemain kerana sudah menjadi kebiasaan pemain tiba lambat sehari atau dua hari sebelum final. Ini adalah perkara biasa dalam kejohanan hoki di seluruh dunia sekarang dan bukan hanya di Malaysia saja.

“Saya berharap kehadiran Peillat dan pemain import lain dapat membantu meningkatk­an mutu permainan pasukan THT ke tahap lebih baik, pada masa depan,” katanya.

Sementara itu, pemain THT, Faizal Saari, teruja dan tidak sabar untuk bekerjasam­a dengan pakar pukulan sudut penalti dari Argentina, Gonzalo Peillat untuk memastikan pasukannya mampu mempertaha­nkan gelaran juara bulan depan dan beraksi di Liga Premier 2018.

Kehadiran Peillat ke dalam pasukan PHT bukanlah tekanan dan saingan kepadanya, sebaliknya Faizal berharap kedatangan pemain import dari Argentina itu membolehka­n dia menimba pengamalan dan mempelajar­i lebih banyak ilmu untuk meningkatk­an mutu permainann­ya terutama

 Pakar sudut penalti Argentina mampu bantu penyandang juara pertahan gelaran

daripada aspek pukulan sudut penalti.

“Saya rasa inilah peluang terbaik bagi saya untuk belajar daripada Peillat yang menjadi penjaring terbanyak dan pemenang pingat emas di Sukan Olimpik 2016.

“Oleh itu saya kena banyak belajar daripada Peillat dan selebihnya terserah kepada jurulatih sama ada mahu menurunkan saya atau tidak. Apa yang penting saya mahu gunakan peluang ini sebaik mungkin dan kita boleh lihat hasilnya nanti,” katanya.

 ??  ?? PEILLAT perkasa THT untuk pertahan Piala Tan Sri P Alagendra.
PEILLAT perkasa THT untuk pertahan Piala Tan Sri P Alagendra.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia