Harian Metro

Belum rezeki Khairi

- Fadhli Ishak fadhli.ishak@nst.com.my

Kuala Lumpur: Walaupun berjaya muncul juara perlumbaan kedua pusingan Kejuaraan Supermoto Asia di Bukit Jalil semalam, namun ia belum cukup untuk membolehka­n Khairi Zakaria merangkul gelaran juara keseluruha­n Kelas Asia.

Dia terpaksa akur apabila menyaksika­n pencabar utamanya dari Thailand, Trakarn Thanthong dinobatkan sebagai juara biarpun sekadar menamatkan perlumbaan kedua itu di tempat kelima.

Bermula di petak keempat pada perlumbaan kedua, Khairi berjaya mendahului dengan bantuan seorang lagi pelumba Malaysia, Muhd Habibullah Saleh dan dia seterusnya berjaya menamatkan saingan di tempat pertama dengan catatan 21 minit 40.581 saat.

Pelumba wildcard, Simon Wilhelmsen dari Denmark menamatkan saingan di tempat kedua dengan catatan 21: 43.134s manakala Lewis Cornich dari Great Britain ketiga (21:48.959s).

Trakarn sebelum perlumbaan itu mempunyai kelebihan 10 mata di tangga teratas Kelas Asia ke atas Khairi.

Pada perlumbaan pertama, Khairy mengalami kemalangan kecil dan menamatkan saingan di tempat keempat manakala Trakarn ketiga. Vilhelmsen muncul juara dan Cornish kedua.

Walaupun gagal mencapai matlamat untuk merangkul gelaran Kelas Asia ketiga, Khairi, berkata dia tetap gembira kerana berjaya memaksa Trakarn bersaing sehingga perlumbaan terakhir musim ini.

Trakarn muncul juara Kelas Asia dengan 211 mata manakala Khairi kedua (203 mata). Habibullah ketiga dengan 147 mata.

“Saya perlu berterima kasih kepada Habibullah kerana bekerjasam­a dengan saya dalam kedua-dua perlumbaan, memang itu perancanga­nnya. Ia untuk melakukan yang terbaik buat Malaysia,” kata Khairy yang muncul juara Kelas Asia pada 2012 dan 2013.

“Kami beraksi dengan baik minggu ini tetapi malangnya saya melakukan kesilapan dan mengalami kemalangan di perlumbaan pertama. Jika tidak, keputusan mungkin berbeza.”

Sementara itu, Trakarn sedar dia bakal berdepan cabaran hebat daripada keitu. dua-dua pelumba Malaysia

“Saya tahu Habibullah akan membantu Khairi dalam kedua-dua perlumbaan tetapi saya cuba yang terbaik untuk berada di kelompok hadapan. Saya gembira memenangi gelaran Kelas Asia kedua saya selepas memenangin­ya pada 2015,” katanya.

 ?? FOTO: ADIBAH AHMAD IZAM ?? KHAIRI ungguli perlumbaan kedua pusingan Kejuaraan Supermoto Asia di Bukit Jalil, semalam.
FOTO: ADIBAH AHMAD IZAM KHAIRI ungguli perlumbaan kedua pusingan Kejuaraan Supermoto Asia di Bukit Jalil, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia