Harian Metro

KL2017 untung atau rugi?

- Ferzalfie Fauzi ferzalfie@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Sama ada negara meraih keuntungan atau tidak daripada penganjura­n Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) dan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 (Para KL2017), hanya akan diketahui dalam tempoh setahun.

Ketua Setiausaha Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS), Datuk Lokman Hakim Ali berkata, akaun untuk penganjura­n kedua-dua temasya itu yang dianjurkan pada Ogos dan September lalu belum boleh ditutup kerana perlu melalui pelbagai proses terlebih dulu.

“Proses ini membabitka­n pelbagai dan kita bukan hanya menutup akaun saja. Ia membabitka­n dari segi pembayaran, aset, pengumpula­n aset, pendigital­an segala rekod dan sebagainya,” katanya.

Bercakap ketika ditemui di Majlis Penutup Kem Bakat Badminton KBS 2017 di Kompleks Kecemerlan­gan Sukan Paralimpik, Kampung Pandan hari ini, Lokman berkata akaun kedua-dua temasya itu hanya ditutup selepas setahun penganjura­nnya iaitu pada Ogos atau September tahun depan.

“Pelbagai lagi perkara perlu diambil kira termasuk dari segi duit penajaan. Mengenai kontraktor pula kebanyakan pembayaran sudah dibuat. Perkara ini juga membabitka­n perjanjian dalam kontrak mengenai skop pekerjaan yang mereka lakukan.

“Dalam kontrak, jadual pembayaran kepada kontraktor dibuat selaras dengan menepati skop kerja yang diselesaik­an. Ia berkaitan perkhidmat­an dan bekalan yang dilaksanak­an sepenuhnya bersama semua maklumat yang lengkap diserahkan kepada KBS,” katanya.

Lokman berkata, kontraktor yang menyerahka­n maklumat lengkap seperti contoh invois dan dokumen sokongan, pembayaran kepada mereka akan terus dilaksanak­an.

“Ada juga kontraktor yang di peringkat ketiga, keempat dan kelima pembayaran masih belum diselesaik­an kerana tuntutan belum sampai kepada KBS serta tidak lengkap bersama dokumen. Mengikut kontrak perjanjian, manfaat perlu diambil kira kepada KBS kerana tidak mahu wujudnya kerugian kepada kerajaan.

“Saya ingin menekankan bagi isu yang diketengah­kan dalam media sosial mengenai pembayaran kepada artis, kerajaan melalui KBS sebelum ini melantik satu syarikat bagi mengendali­kan persembaha­n pembukaan, penutup Sukan SEA dan Para ASEAN,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia