Harian Metro

DE BRUYNE ADA KELAS!

- Reuters

Manchester

Pengurus Manchester City, Pep Guardiola bagaikan kehilangan kata-kata untuk menggambar­kan prestasi hebat pemain tengah, Kevin De Bruyne selepas pemain Belgium itu membantu pasukan membenam Tottenham Hotspur 4-1, awal pagi semalam.

De Bruyne tonggak kepada kejayaan City melakar rekod kemenangan ke-16 berturut-turut, yang turut meledak gol kedua mereka dengan rembatan padu.

Selain itu, dia juga menjadi ancaman utama kepada Tottenham setiap kali menyentuh bola, sekali gus menyukarka­n Spurs dengan hantaran dan larian pantasnya di kawasan pertahanan lawan.

Dia juga menghadiah­kan sepakan penalti di babak kedua namun sepakan Gabriel Jesus terkena palang dan sekali lagi pemain Belgium itu meluru ke depan untuk membantu jaringan ketiga City.

“Tiada kata yang boleh menggambar­kan prestasiny­a hari ini, terutamany­a apabila menyentuh bola, bagaimana dia membantu jaringan dan kemampuann­ya mengubah rentak permainan,” kata pengurus itu.

“Apa yang jelas, dia seorang yang paling berbakat dan kamu melihatnya sendiri, bagaimana dia berlari, dia adalah contoh yang baik untuk pemain muda, terutamany­a untuk akademi kami.

“Dia membantu kami untuk menjadi kelab yang lebih baik, sebagai sebuah institusi yang lebih baik di masa depan dan itulah yang kami mahu lakukan.

Di sebalik bayangan yang City mungkin meneruskan kempen tanpa kalah di sepanjang musim ini, De Bruyne berkata mereka harus kekal fokus iaitu meraih gelaran juara.

“Tidak, sudah tentunya tidak.

 Guardiola puji aksi sensasi City pacu kemenangan pasukan benam Spurs

Kami di sini untuk meraih gelaran, kami mempunyai permulaan yang baik, ia masih lebih daripada setengah (baki musim) jadi ia sangat sukar.

Kami mahu menang dalam setiap perlawanan, kami melakukan tugas dengan baik," katanya.

“Kami tahu kualiti pasukan adalah tinggi dan tahu perkara ini secara mentalitin­ya, kami mahu menang setiap perlawanan, kami sangat sibuk dan mahu meneruskan mentaliti seperti ini. Ia satu prestasi yang hebat.”

 ??  ?? GUARDIOLA PEMAIN City meraikan jaringan Ilkay Gundogan (tengah).
GUARDIOLA PEMAIN City meraikan jaringan Ilkay Gundogan (tengah).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia