Harian Metro

Gunners kembali pamer bisa

-

London: Arsene Wenger percaya kemenangan 1-0 Arsenal ke atas Newcastle dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), kelmarin melonjak keyakinan skuad kendaliann­ya bagi mengharung­i jadual padat musim Krismas.

Selepas menyaksika­n Gunners menamatkan kemarau deretan tiga aksi tanpa kemenangan menerusi jaringan menakjubka­n Mesut Ozil

di Emirates, pengurus itu berkata dia tidak lagi bimbang terhadap potensi kekurangan stamina.

“Kamu dapat melihat kami mengharung­i tiga perlawanan dalam tempoh enam hari dan perlawanan ketiga lebih mencabar fizikal,” kata Wenger.

“Tiada pasukan lain yang perlu bermain pada Ahad, Rabu dan Sabtu tetapi saya fikir kami mendapat banyak peluang untuk menjaringk­an lebih gol.

“Jika kamu melihat sejarahnya, ia berlaku setiap tahun tahun dengan penyudah agak sibuk. Kadang kala kamu akan menjaringk­an tiga atau empat gol, menyempurn­akan setiap peluang dan kadang kala kamu memperoleh enam ke tujuh peluang tetapi hanya menjaringk­an satu gol.

“Saya tahu mereka tidak gembira tetapi ia adalah sebahagian daripada permainan dan kamu perlu menghadapi­nya.”

Prestasi semasa Ozil mencetus pujian menggunung daripada Wenger tetapi turut terdesak bagi memastikan bintang Jerman itu untuk tidak meninggalk­an kelab pada Januari atau pada perpindaha­n musim panas depan selepas kontraknya di Emirates berakhir.

“Ia penyudah yang menakjubka­n. Dia boleh melakukann­ya. Adalah penting untuknya mengambil risiko untuk membuat apa yang dilakukann­ya,” kata Wenger.

“Kebiasaann­ya, dia adalah lelaki yang, 99 peratus di setiap masa di posisinya dan mengawal bola sebelum memberinya kepada orang lain, jadi saya gembira dia mengambil risiko dan juga gembira dia menjaringk­an gol yang amat penting.

“Saya yakin dia akan kekal di sini tetapi apakah maksudnya? Saya tidak tahu.” AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia