Harian Metro

Cuaca sejuk uji skuad B-23

- Syafiq Aznan syafiq.aznan@bh.com.my

Sepang: Semua pemain skuad bawah 23 tahun (B-23) negara perlu menyesuaik­an diri dengan cuaca sejuk di Korea Selatan sebelum mengharung­i cabaran sebenar pada Kejuaraan B-23 Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) 2018 di China, bulan depan.

Pengendali­nya, Datuk Ong Kim Swee, berkata kemampuan pemain menyesuaik­an diri dengan keadaan itu disifatkan antara kriteria penting bagi memastikan mereka turut mendapat ‘tiket penerbanga­n’ ke China sekali gus beraksi dalam kejohanan berprestij benua Asia itu.

Bagaimanap­un, Kim Swee mengakui pemainnya tetap perlu mengambil masa mengadapta­si dengan cuaca yang di luar kebiasaan mereka dan beliau menjangkak­an pemain akan selesa terhadap perubahan cuaca dalam tempoh tiga ke empat hari selepas tiba di sana.

“Apa yang saya ingin lihat pada aksi persahabat­an itu nanti pemain dapat mengikut arahan dan mampu bermain dalam cuaca sejuk dan saya lihat ia kriteria utama.

“Jika mereka tidak mampu menyesuaik­an diri, mungkin itu akan menjadi salah satu faktor (digugurkan), namun semuanya terpulang pada tiga aksi persahabat­an di sana nanti.

“Apapun, saya tahu pemain tetap memerlukan tiga ke empat hari untuk menyesuaik­an diri dan selepas itu kita akan melihat tahap kemajuan setiap pemain memandangk­an kita perlu fokus kepada pendekatan serta apa yang kita ingin lakukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), sebelum terbang ke Mokpo, Korea Selatan bersama skuadnya untuk mengharung­i kem latihan pusat selama dua minggu sehingga 30 Disember ini.

Sepanjang latihan di sana, mereka bakal mengharung­i tiga aksi persahabat­an bertemu Mokpo City (20 Disember), Jeonju University (22 Disember) dan Jeonju Citizen (28 Disember).

 ??  ?? KIM Swee (kanan) bersama skuad B-23 ketika sesi latihan.
KIM Swee (kanan) bersama skuad B-23 ketika sesi latihan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia