Harian Metro

Misi pulih semangat Medan terbaik bukti kemampuan

- Devinder Singh devinder@nst.com.my

>>Harimau Malaya gagal raih kemenangan dalam 10 perlawanan sejak November 2016  Cheng Hoe perlu segera kembalikan keyakinan anak buah untuk meraih kejayaan

Jika Tan Cheng Hoe berhasrat menjadi jurulatih skuad kebangsaan pertama yang meraih kemenangan pada perlawanan sulung dalam tempoh 14 tahun, beliau perlu segera mengembali­kan keyakinan anak buahnya.

Selepas gagal meraih sebarang kemenangan dalam 10 perlawanan sejak November 2016, keyakinan pemain kian goyah dan Cheng Hoe berdepan tugas sukar untuk mengubah suasana dalam skuad Harimau Malaya.

Cheng Hoe menggantik­an Nelo Vingada yang meletak jawatan selepas sekadar meraih satu keputusan seri dalam tujuh perlawanan dan kini sedang merangka perancanga­n untuk beberapa aksi persahabat­an menjelang Piala AFF Suzuki 2018, hujung tahun depan.

Aksi pertama Cheng Hoe adalah perlawanan terakhir Kelayakan Piala Asia 2019 bertemu Lubnan pada 27 Mac, namun beliau mengharapk­an dapat menjalani satu aksi pemanas badan sebelum bertolak ke Beirut.

“Bagus jika dapat mengharung­i perlawanan ujian menentang mana-mana pasukan sebelum bertemu Lubnan.

“Setakat ini, kita belum mengenalpa­sti pasukan lawan tetapi kita merancang mengadakan beberapa perlawanan persahabat­an tahun depan,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Cheng Hoe enggan meletakkan sasaran khusus dalam Piala Suzuki AFF 2018 yang bakal menampilka­n Sepang: Kejuaraan Bawah 23 (B-23) Tahun Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) 2018 seharusnya menjadi peluang terbaik kepada skuad negara membuktika­n mereka mampu menjadi pencabar pada pentas berprestij benua Asia itu.

Justeru, penjaga gol skuad B-23 negara, Ifwat Akmal Chek Kassim mahu rakan sepasukann­ya mencipta kejutan pada kejohanan itu, sekali gus membuka mata penyokong bola sepak tempatan terhadap kemampuan skuad muda negara.

“Ramai orang menyatakan pasukan ini tidak boleh pergi jauh, apatah lagi diundi dalam kumpulan yang agak sukar, jadi mungkin ini peluang yang terbaik untuk kami menepis tanggapan mereka.

“Apapun, kami akan lakukan yang terbaik demi negara dan dengan persiapan yang rapi menjelang kejohanan itu, kami pasti dapat melakar keputusan yang memberangs­angkan,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), malam semalam.

Skuad muda negara terbang

(gambar)

format baru pada edisi tahun depan.

“Tugasan utama saya sememangny­a Piala Suzuki AFF, namun saya belum ada apa-apa lagi sasaran,” kata bekas pembantu Datuk K Rajagobal itu.

“Perkara utama adalah untuk mendapatka­n kembali keyakinan daripada kalangan pemain. Aksi pertama sudah tentu penting, jadi saya sedang mencari lawan yang bersesuaia­n sebelum kami menentang Lubnan,” katanya ke Mokpo, Korea Selatan untuk mengharung­i kem latihan pusat selama dua minggu sehingga 30 Disember dan bakal mengharung­i tiga aksi persahabat­an bertemu Mokpo City (20 Disember), Jeonju University (22 Disember) dan Jeonju Citizen (28 Disember).

Penjaga gol berusia 21 tahun itu perlu bersaing dengan dua lagi penjaga gawang iaitu Haziq Nadzli (Johor Darul Ta’zim) dan Ahmad Syihan Hazmi Mohamed (Negeri Sembilan) untuk menjadi benteng terakhir pasukan.

Mengulas lanjut mengenai saingannya itu, Ifwat mengakui dia perlu berusaha dengan lebih keras seandainya mahu mendapat tempat dalam kesebelasa­n utama pasukan.

“Kehadiran mereka memberi saingan yang sihat dan saya akui tiada jaminan untuk saya menjadi penjaga gol utama. Ini kerana Haziq dan Syihan juga memiliki kelebihan masing-masing.

“Siapa pun yang diturunkan bukan satu masalah kerana saya yakin kami akan tetap memberikan persembaha­n yang terbaik demi membantu pasukan mencapai kemenangan,” katanya.

 ??  ?? SKUAD Harimau Malaya ketika sesi latihan di Wisma FAM Kelana Jaya.
SKUAD Harimau Malaya ketika sesi latihan di Wisma FAM Kelana Jaya.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia