Harian Metro

Tiga Cougars putih mata

-

Kuala Lumpur: Hajat melihat salah satu daripada tiga wakil negara, Akademi Mokhtar Dahari (AMD) Malaysia Cougars muncul juara Piala SuperMokh 2017 musnah apabila semua tewas dalam perlawanan akhir di Stadium Nasional, Bukit Jalil semalam.

Paling kecewa sudah pasti AMD Malaysia Cougars Bawah 14 (B-14) Tahun kerana gagal mempertaha­nkan kejuaraan yang dimenangi tahun lalu selepas tewas 1-2 kepada akademi kelab Liga Perdana Inggeris, Arsenal.

Selepas itu, giliran skuad B-13 pula tunduk kepada AZ Alkmaar walaupun terlebih dulu membuka tirai jaringan seawal minit kelima menerusi Muhammad Daniel Edzuan Mohd Anuar, namun kelekaan menyaksika­n akademi kelab Belanda itu bangkit untuk menang 2-1.

Dalam kategori B-12, dua gol Sporting CP dalam tempoh 16 minit nyata menyentap wakil negara yang terpaksa akur tewas 0-2 kepada kelab Portugal itu yang juga juara bertahan.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, aksi antara pemain negara dan akademi luar negara tidak menunjukka­n jurang yang begitu ketara.

“Walaupun keputusan tidak memihak kepada kita, tetapi jurang pasukan kita dengan akademi kelab terkemuka dunia berkenaan tidak begitu ada perbezaan.

“Ia satu perkembang­an yang baik. Dengan ada tiga peringkat umur ini, kita sudah ada empat generasi bermula dengan skuad Lim Teong Kim.

“Ia juga menunjukka­n daripada segi penyediaan pemain, kita tidak hanya bergantung kepada satu generasi saja,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, pengendali B-14, Ahmad Nurfaizal Abdullah berkata kelekaan menjadi faktor anak buahnya tewas kepada Arsenal sekali gus gagal mempertaha­nkan kejuaraan.

“Apapun, ia harus jadi pengalaman dan saya harap pemain dapat belajar supaya insiden sama tidak berlaku pada masa akan datang,” katanya yang mengakui kecederaan dan demam yang dialami pemain menjejaska­n percaturan­nya sepanjang lima hari kejohanan.

 ?? FOTO: ZUNNUR AL SHAFIQ ?? PEMAIN AMD Cougars, Aznil Hafiz Azhar (kiri) dihalang pemain
Arsenal.
FOTO: ZUNNUR AL SHAFIQ PEMAIN AMD Cougars, Aznil Hafiz Azhar (kiri) dihalang pemain Arsenal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia