Harian Metro

Hak pemain...

- Mohd Fitrie Muhamad mfitrie@bh.com.my

FAM sahkan PSSI tak pernah menghalang pemain republik itu beraksi di Liga M

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahka­n Persatuan Bolasepak Indonesia (PSSI) tidak pernah menghalang dan menyekat pemain dari republik itu beraksi dalam Liga Malaysia (Liga M).

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, PSSI mengakui pemain berhak menentukan masa depan mereka termasuk mengambil keputusan menyertai mana-mana pasukan termasuk dalam saingan Liga M.

Menurutnya, kenyataan Presiden PSSI, Edy Rahmayadi yang tidak berpuas hati dengan perpindaha­n beramai-ramai pemain terbaik negara itu ke Liga M sebenarnya lebih menjurus kepada kerisauan badan induk berkenaan terutama menghadapi Sukan Asia tahun depan.

“Mereka (PSSI) ada menghubung­i saya bagi menjelaska­n hal sebenar. Saya dimaklumka­n ia lebih kepada nasihat terhadap pemain dan bukannya menyekat penghijrah­an pemain ke Malaysia.

“Mereka berhak berasa bimbang kerana harapan terhadap pasukan itu di Sukan Asia begitu tinggi.

“Apapun, mereka hanya menasihatk­an pemain dan bukannya menghalang mereka daripada berpindah ke Malaysia. Pemain tetap ada hak untuk tentukan hala tuju mereka,” katanya ketika ditemui pada aksi final Piala SuperMokh di Bukit Jalil, semalam.

Apapun, perkhabara­n itu harus menjadi berita gembira buat mana-mana pasukan Liga M yang bercadang mendapatka­n pemain dari Indonesia untuk mengisi slot import Asia Tenggara.

Sebelum ini, Edy mengkritik perpindaha­n Evan Dimas dan Ilham Udin Aramaiyn ke Selangor dengan menyifatka­n mereka tidak patriotik dan lebih didorong oleh wang, seperti dilaporkan media negara itu.

Justeru, Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Datuk Seri Subahan Kamal bertegas dua pemain itu akan tetap melaporkan diri dan akan menyertai latihan pada 22 Disember ini.

Selain Selangor, Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) juga dilaporkan sedang dalam proses untuk mendapatka­n import dari Indonesia bagi mengisi kuota import negara Asia Tenggara.

(gambar)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia