Harian Metro

Maciel tagih kudrat Shahrom sarung jersi Kuala Lumpur

- Rodly Fadly sukanteam@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Jurulatih Kuala Lumpur, Fabio Maciel masih menaruh harapan agar pemain pertahanan, Shahrom Kalam menjadi milik mereka bagi melengkapk­an pasukan itu menghadapi saingan Liga Super musim depan.

Menurut Maciel, walaupun Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) sudah mengadakan majlis menandatan­gani kontrak serta mengumumka­n senarai 24 pemain baru-baru ini namun pintu pasukan itu masih terbuka untuk Shahrom.

“Senarai yang diumumkan itu belum lengkap, masih

(gambar)

ada slot perlu diisi. Jadi, Shahrom masih berada dalam senarai pemain yang saya mahukan.

“Saya tidak tahu sejauh mana perkembang­an rundingan antara KLFA dengan Shahrom kerana tidak mahu mengganggu tugas mereka.

“Tanggungja­wab saya sebagai jurulatih adalah menyenarai­kan pemain yang saya mahukan, selebihnya saya serahkan kepada persatuan untuk menguruska­nnya.

“Saya berharap ada keputusan positif daripada Shahrom kerana saya memang mengharapk­an kedatangan­nya. Masih belum terlambat untuknya menyertai pasukan walaupun sudah dua minggu kami menjalani latihan,” ujar Maciel.

Maciel berkata meskipun sudah mendapatka­n khidmat bekas pemain pertahanan berpengala­man Pahang, Saiful Nizam Miswan namun beliau masih memerlukan seorang tonggak untuk mengemudi benteng.

Jurulatih berkenaan sebelum ini pernah memberitah­u mengidam khidmat tiga bintang tempatan untuk mengukuhka­n cabaran skuad warga kota itu.

Selain Shahrom, Maciel menamakan Zaquan Adha Abd Radzak dan Brendan Gan sebagai pemain yang berada pada senarai teratas. Kuala Lumpur berjaya mendapatka­n khidmat Zaquan namun gagal memikat Brendan yang memilih untuk menyertai Perak.

Selain Shahrom, Maciel juga kini menanti kedatangan seorang pemain Indonesia untuk melengkapk­an kuota pemain import. Menurut sumber pemain berkenaan adalah

Achmad

Jufriyanto dari kelab Persib Bandung.

 ??  ??
 ?? Fabio Maciel ?? Saya berharap ada keputusan positif daripada Shahrom kerana saya memang mengharapk­an kedatangan­nya”
Fabio Maciel Saya berharap ada keputusan positif daripada Shahrom kerana saya memang mengharapk­an kedatangan­nya”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia