Harian Metro

Hilang tiga hari dalam ladang sawit

- Ekhwan Haque Fazlul Haque ekhwan@hmetro.com.my

Kehilangan seorang budak lelaki yang dilaporkan hanyut ketika cuba mengambil selipar yang jatuh ke dalam Sungai Sabang di jeti Kampung Melayu, di sini, Jumaat lalu terus menjadi tanda tanya.

Justeru, penduduk dan ahli keluarga Aiman Aifan Haraman, 6, mengambil inisiatif membaca Yasin di kawasan jeti berkenaan untuk memohon petunjuk agar mangsa ditemui segera.

Dalam kejadian jam 3.30 petang, mangsa dikatakan cuba mengambil seliparnya yang terjatuh ke dalam sungai berkenaan sebelum dia tergelinci­r dan hanyut di bawa arus deras.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sarawak berkata, mangsa dikatakan terkapai-kapai dibawa arus sungai yang deras sebelum hilang daripada pandangan.

Menurutnya, kejadian disedari penduduk kampung yang berada tidak jauh dari lokasi kejadian sebelum memaklumka­n kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

“Pasukan APM Samarahan kemudian dikejarkan ke lokasi jam 6.30 petang sebelum memulakan operasi pencarian di kawasan berhampira­n jeti berkenaan.

“Ketika kejadian air sungai berkenaan pasang menyebabka­n arus deras dan mangsa hanyut selepas terkapai meminta bantuan sebelum hilang daripada pandangan,” katanya.

Beliau berkata, APM menjalanka­n operasi mencari dan menyelamat dalam radius tiga kilometer ke hulu dan hilir sungai berkenaan selain menggunaka­n dron untuk pencarian dari udara.

Katanya, operasi pencarian juga dibantu pelbagai agensi lain seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan penduduk kampung.

“Operasi akan diteruskan sehingga mangsa ditemui dan radius pencarian juga akan diperluask­an lagi bagi membolehka­n petunjuk baru diperoleh,” katanya. Beluran: Seorang penjaga ladang getah di Pulau Jambongan, di sini, yang dilaporkan hilang tiga hari lalu ditemui selamat dalam keadaan lemah di ladang sawit di pulau sama, kelmarin.

Mangsa, Raziman Soonsing, 22, berasal dari Kampung Kanibongan, Pitas, ditemui pekerja ladang kelapa sawit jam 9.15 pagi.

Difahamkan, mangsa dilaporkan hilang pada Rabu lalu, jam 6 pagi sebelum disedari bapanya yang juga penjaga ladang getah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Beluran Superinten­dan V Shivananth­an berkata, kali terakhir bapanya melihat mangsa pada jam 3 pagi, Rabu lalu, ketika itu mangsa tidur di biliknya.

“Ayah mangsa anaknya sebelum

melihat keluar membuat rondaan di ladang getah berkenaan. Pada jam 6 pagi waktu bersarapan, anak lelakinya itu dilaporkan hilang.

“Tetapi kelengkapa­n mangsa seperti pakaian, selipar dan bot berenjin masih ada. Bapa mangsa kemudian memaklumka­n kejadian kepada ahli keluargany­a di Kampung Kanibongan, Pitas, seterusnya mereka membuat pencarian.

“Namun usaha mereka gagal sebelum membuat laporan polis di Pondok Polis Jambongan pada Jumaat lalu,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Shivananth­an berkata, siasatan lanjut mendapati mangsa tidak memiliki sebarang masalah dan ladang getah berkenaan milik agensi kerajaan tempatan.

“Opreasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa digerakkan selepas laporan dibuat. Namun tidak menemui mangsa sehingga pada pagi Sabtu.

“Mangsa ditemui di ladang kelapa sawit dalam keadaan lemah. Mangsa kemudian dibawa ke Klinik Kesihatan Jambongan untuk rawatan lanjut,” katanya. Menurutnya, punca kehilangan mangsa masih dalam siasatan.

 APM perluas radius cari budak lelaki hanyut selepas cuba ambil selipar

 ??  ?? ANGGOTA APM melakukan pencarian ke kawasan hulu dan hilir Sungai Sabang. PENDUDUK dan ahli keluarga Aiman Aifan mengambil inisiatif membaca Yasin di kawasan jeti berkenaan untuk memohon petunjuk.
ANGGOTA APM melakukan pencarian ke kawasan hulu dan hilir Sungai Sabang. PENDUDUK dan ahli keluarga Aiman Aifan mengambil inisiatif membaca Yasin di kawasan jeti berkenaan untuk memohon petunjuk.
 ??  ??
 ??  ?? RAZIMAN dirawat di Klinik Kesihatan Jambongan, Beluran.
RAZIMAN dirawat di Klinik Kesihatan Jambongan, Beluran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia