Harian Metro

2 kali sondol

- Nasrawati Syarifuddi­n am@hmetro.com.my

 Seorang maut, enam parah nahas tiga pacuan empat roda

Seorang lelaki maut, manakala enam parah termasuk seorang wanita tidak sedarkan diri dalam kemalangan membabitka­n tiga kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 55, Jalan Tawau-Kunak, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 11.15 pagi, pemandu Toyota Hilux Double Cab berusia 58 tahun yang parah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Empat penumpang kenderaan berkenaan berusia 17 hingga 49 tahun parah dan seorang lagi penumpang berusia enam tahun hanya cedera ringan.

Turut parah, pemandu Toyota Hilux Single Cab, lelaki berusia 26 tahun dan penumpang seorang wanita berusia 22 tahun.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, ketika kejadian, mangsa yang memandu Toyota Hilux Double Cab bersama enam penumpang dalam perjalanan dari arah Kunak menuju ke Bandar Tawau.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, sebuah Toyota Hilux (single cab) yang dipandu seorang lelaki dari arah Bandar Tawau ke Kunak memasuki laluan bertentang­an lalu bertembung dengan kenderaan mangsa. Akibat kemalangan itu, kenderaan dipandu mangsa terbabas lalu jatuh ke tebing jalan sebelah kiri menuju Bandar Tawau.

“Sebuah lagi kenderaan Toyota Land Cruiser yang datang dari arah Kunak menuju Tawau terlanggar bahagian hadapan Toyota Hilux (single cab),” katanya ketika dihubungi, semalam.

Fadil berkata, mangsa parah dan meninggal dunia ditempat kejadian, manakala empat lagi penumpangn­ya parah di bahagian muka, patah tangan dan lengan kiri serta patah paha kiri dan seorang hanya cedera ringan.

Katanya, pemandu Toyota Hilux (single cab) patah tulang belakang dan penumpang mengalami retak tulang tangan kanan.

“Mangsa dan semua yang parah dan cedera dibawa ke Hospital Kunak untuk rawatan lanjut.

“Siasatan mendapati, kemalangan berlaku akibat kecuaian pemandu Toyoto Hilux (single cab) yang disyaki masuk ke laluan bertentang­an,” katanya.

Menurutnya, pemandu Toyota Land Cruiser iaitu seorang lelaki berusia 66 tahun tidak cedera.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia