Harian Metro

Balik kebun rumah jadi abu

-

“Ketika sibuk di kebun, saya terkejut selepas jiran datang dalam keadaan cemas dan memaklumka­n rumah terbakar,” kata Kelini Ambu, 41, penghuni rumah di Bukit Melaban Sare, di sini, yang musnah semalam.

Dalam kejadian jam

10.30 pagi, dia berada di kebunnya di kawasan berdekatan, manakala suami ke Pasar Sarikei untuk membeli keperluan harian.

Menurutnya, enam lagi anak dan menantu juga tiada di rumah kerana mempunyai urusan di luar dan sebelum kejadian semuanya berada dalam keadaan selamat.

“Sebaik tiba di rumah, saya hanya mampu melihat rumah didiami menjadi abu. Api yang marak kerana struktur rumah dibina daripada kayu menyebabka­n tiada barang dan dokumen dapat diselamatk­an.

“Semua harta benda hilang sekelip mata dan kini saya dan keluarga menumpang sementara waktu di rumah saudara berdekatan sementara menunggu bantuan membina semula rumah,” katanya ketika ditemui.

Kelini berkata, walaupun sedih kehilangan tempat tinggal, dia tetap bersyukur kerana tiada ahli keluargany­a cedera dalam kejadian itu.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei Suna Kaha berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu jam 10.38 pagi sebelum pegawai dan anggota dihantar ke lokasi.

“Api marak membakar rumah berkenaan kerana ia dibina menggunaka­n kayu. Tiada penghuni ketika kejadian dan api dapat dipadamkan tanpa mereka ke kawasan bersebelah­an.

“Kejadian menyebabka­n kediaman mangsa musnah 100 peratus, namun punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

 ??  ?? RUMAH di Bukit Melaban Sare yang musnah terbakar, semalam.
RUMAH di Bukit Melaban Sare yang musnah terbakar, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia