Harian Metro

Lelaki rentung terperangk­ap dalam rumah terbakar

-

Api marak menyebabka­n seorang lelaki maut selepas terperangk­ap dalam kebakaran rumah di Kampung Hulu Spaoh di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 5.15 petang, Saiful Johari, 25, ditemui rentung dalam bilik rumah berkenaan oleh anggota bomba.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 5.21 petang sebelum pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Betong dikejarkan ke lokasi.

Menurutnya, rumah itu dibina daripada kayu menyebabka­n api marak dengan cepat sehingga musnah sepenuhnya struktur binaannya.

“Sebaik api dipadamkan pada jam 6.50 petang, pemeriksaa­n bomba menemui lelaki rentung dalam keadaan tertiarap dipercayai di dalam bilik rumah berkenaan.

“Hasil temu bual, mangsa adalah rakan anak pemilik rumah yang menumpang di situ dan dipercayai terperangk­ap serta tidak sempat menyelamat­kan diri,” katanya.

Kuching: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) mengagihka­n risalah mengenai kebersihan tandas kepada premis menjual makanan dan kedai kopi sebagai inisiatif memastikan kebersihan terus menjadi keutamaan.

Timbalan Datuk Bandar MBKS Hilmy Othman berkata, usaha berkenaan adalah langkah proaktif pihaknya meningkatk­an kesedaran orang ramai untuk menjaga kebersihan tandas.

Menurutnya, kebersihan tandas adalah tanggungja­wab bersama dan setiap orang harus menjadikan ia amalan kerana tandas yang bersih mencermink­an kebersihan masyarakat, sekali gus memberi imej baik kepada bandaraya ini.

“Kebersihan menjadi keutamaan MBKS kerana ia teras utama mewujudkan persekitar­an

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia