Harian Metro

KAYUHAN ISTIMEWA SEPANJANG HAYAT

OKU cacat penglihata­n teruja sertai kayuhan 30km pada program Ride For Sight

- Rudy Syareme Sheriffudi­n am@hmetro.com.my

“Ini kali pertama saya mengayuh basikal sejauh 30 kilometer dan ia satu pengalaman paling manis buat saya,” kata Nur Hafizah Mohd Ali, 27, gadis orang kurang upaya (OKU) dari Rumah Kebajikan Orang Buta St Nicholas Home apabila dapat mengambil bahagian dalam program kayuhan Ride For Sight

2017 di sini, semalam.

Nur Hafizah yang berasal dari Parit Buntar, Perak berkata, peluang keemasan seumpama itu adalah satu kenangan terindah yang tidak mungkin dilupakan kerana tidak menyangka terpilih menyertai program kayuhan ini.

Menurutnya, selain gembira dan menyeronok­kan ia juga satu pencetus semangat terhadap dirinya yang rabun serta sukar melihat dengan jelas sejak kecil.

Katanya, berkat sokongan dan kesungguha­n semua peserta yang turut memberi dorongan, dia berjaya membuktika­n OKU sepertinya mampu mengayuh basikal bermula jam 7.30 pagi hingga jam 10.15 pagi.

“Terima kasih kerana merealisas­ikan impian dan hasrat saya untuk berbasikal sekitar pusat bandar,” katanya yang ditemui selepas program kayuhan Right For Sight 2017 dari St Nicholas Home - Persiaran Gurney Persiaran Karpal Singh sebelum berpatah balik hingga ke Straits Quay - St Nicholas Home di sini, semalam.

Hadir sama, Pengarah Eksekutif St Nicholas Home, Danial Soon dan wakil Lions Club Tanjung Star, Raymin Yew serta Penang State Marshall Community, Mohd Adib Mohd Yusop.

Sementara itu, Danial berkata, dalam memupuk budaya sihat, pihaknya menggalakk­an semua penghuni khususnya yang cacat penglihata­n dan rabun dilatih menggunaka­n basikal tandem sebagai satu daripada aktiviti luar.

Menurutnya, pihaknya ingin memberi peluang kepada golongan ini mendekati masyarakat dengan lebih dekat tanpa ada jurang atau ruang sempadan selain menjalin hubungan mesra antara satu sama lain.

 ??  ??
 ??  ?? DANIAL (tiga dari kiri) beramah mesra bersama beberapa penghuni St Nicholas Home yang akan menyertai Program Kayuhan Ride For Sight 2018.
DANIAL (tiga dari kiri) beramah mesra bersama beberapa penghuni St Nicholas Home yang akan menyertai Program Kayuhan Ride For Sight 2018.
 ??  ?? PESERTA yang menyertai kayuhan Ride For Sight 2017.
PESERTA yang menyertai kayuhan Ride For Sight 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia