Harian Metro

SI MEOW ANGGUN BERGAYA

Pasangan suami isteri sanggup berhabis untuk pertanding­an fesyen kucing

- Mohd Rafi Mamat am@hmetro.com.my

“Saya dan suami sanggup berbelanja besar dan mengeluark­an modal untuk menempah pelbagai fesyen baju kucing yang berharga antara RM70 hingga RM150 sehelai demi meraih kejayaan dalam setiap pertanding­an fesyen kucing yang disertai.

“Kini saya mempunyai lapan gaun yang direka khas untuk diperagaka­n empat kucing saya secara bergilir-gilir ketika menyertai pertanding­an fesyen kucing di negeri ini,” kata Roshaliza Roslan, 35.

Dia yang menetap di Kampung Seri Damai di sini, berkata, dia mula menyertai pertanding­an fesyen kucing sejak empat tahun lalu dan dalam tempoh itu, banyak kejayaan yang diraihnya.

Katanya, tahun ini, kucing jantan miliknya, Oyen sudah dua kali muncul juara pertanding­an fesyen kucing, namun baginya hadiah bukanlah menjadi keutamaan sebaliknya kepuasan yang diperoleh apabila diumumkan sebagai pemenang.

Roshaliza berkata, dia dan suami, Mohd Yadzil Mat Yasin, 40, sangat teruja apabila membawa empat haiwan manja mereka, Oyen, Bella, Putih dan Omey menyertai pertanding­an kerana semuanya tidak banyak menimbulka­n masalah.

“Kebanyakan kucing peliharaan saya adalah kucing jalanan yang dibuang dan ditinggalk­an individu tidak bertanggun­gjawab, cuma kucing bernama Bella yang saya beli dengan harga RM700.

“Kucing jalanan yang kotor dan menghidap penyakit kulit boleh kelihatan menarik sekiranya mendapat penjagaan sempurna. Saya turut memiliki kucing cacat tanpa cuping telinga,” katanya pada Program Pameran dan Pertunjuka­n Kucing anjuran Hermoso Residence dan Powercat, di sini, semalam.

Hadir sama Pengarah Urusan Tunas Capital Datuk Y K Chin dan Pengurus Adabi Kuantan Distributi­on Sdn Bhd Abd Rahim Mohd Nor.

Program dengan kerjasama Naughty Cat Club (NCC) itu disertai 50 kucing membabitka­n pelbagai kategori dan bagi pertanding­an fesyen dengan tema pantai, kucing milik Roshaliza iaitu Oyen dan Bella berjaya meraih tempat pertama dan ketiga.

Roshaliza berkata, dia memilih tema obor-obor untuk Oyen manakala Bella mengenakan gaun rumpai laut.

Bagi Mohd Faizal Ibrahim Ali, 33, dia tidak menyangka kucingnya, Blackie dari baka kucing kampung dipilih sebagai naib johan untuk pertanding­an itu.

“Ini kali kedua saya membawanya bertanding dan tidak sangka Blackie yang memakai gaun labuh berwarna-warni berjaya meraih tempat kedua,” katanya yang kini memelihara tiga kucing sejak lima tahun lalu.

Sementara itu, Abd Rahim berkata, Powercat antara jenama makanan kucing terkenal di bawah Adabi yang giat menjalanka­n promosi dan mengadakan pelbagai acara membabitka­n haiwan kesayangan.

“Ini acara terakhir 2017 dan tahun depan, kita akan mempergiat­kan lagi promosi jenama Powercat yang dilihat semakin diterima ramai,” katanya.

Kebanyakan kucing peliharaan saya adalah kucing jalanan yang dibuang dan ditinggalk­an individu”

Roshaliza Roslan

 ??  ??
 ??  ?? ROSHALIZA bersama kucingnya yang diberi nama Bella yang muncul naib juara dalam ketegori berbeza dalam pertanding­an fesyen pada Program Pameran dan Pertunjuka­n Kucing di Hermoso Residence dan Powercat Kuantan.
ROSHALIZA bersama kucingnya yang diberi nama Bella yang muncul naib juara dalam ketegori berbeza dalam pertanding­an fesyen pada Program Pameran dan Pertunjuka­n Kucing di Hermoso Residence dan Powercat Kuantan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia