Harian Metro

GURU BERSATU HATI

NUTP, PIBG sebulat suara pertahan Cikgu Azizan

- Raja Noraina Raja Rahim rnoraina@hmetro.com.my

Kira-kira 200 guru dijangka memberi sokongan kepada Cikgu Azizan yang akan menghadapi perbicaraa­n kes mencederak­an muridnya di Mahkamah Majistret, di sini, esok.

Pengerusi Kesatuan Perkhidmat­an Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) Negeri Sembilan Abu Hurairah Suak berkata, sebelum ini kira-kira 100 guru berkumpul memberi sokongan ketika penyerahan dokumen pertuduhan di mahkamah sama pada 27 November lalu.

“Selain guru, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan Ahli Jawatankua­sa (AJK) sebuah masjid turut memberikan sokongan kepada Cikgu Azizan yang berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

“Sokongan ini amat penting bagi menaikkan semangat beliau. Saya berharap lebih ramai guru akan hadir Selasa ini,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Abu Hurairah berkata, NUTP juga akan menyediaka­n bantuan guaman untuk Cikgu Azizan yang bertugas di sebuah sekolah rendah di Nilai, di sini, bagi memberi sokongan sebaik mungkin kepada guru berkenaan.

Mengikut laman web www.pendidik2u.my, Cikgu Azizan ditahan selepas dipercayai mendenda muridnya kerana kesalahan menghidu gam dan mempengaru­hi rakan, membuli, memukul murid serta ponteng sekolah.

Sebutan kes berkenaan dibuat pada 31 Oktober lalu, manakala 27 November lalu, pula adalah penyerahan dokumen dan 19 Disember ini ditetapkan sebagai tarikh perbicaraa­n kes.

Jika didapati bersalah, Cikgu Azizan boleh dipenjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali. Beliau kini diikat jamin sebanyak RM500.

Berikutan itu, NUTP meminta orang ramai supaya memberikan sokongan kepada Cikgu Azizan dengan hadir ke mahkamah termasuk menyokong melalui media sosial #PrayForCik­guAzizan yang tular di laman sosial sejak beberapa hari lalu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia