Harian Metro

HAFIZ LIMA ‘WAJAH’

Teknik saintifik ikut personalit­i bantu pelajar hafaz al-Quran dalam tujuh bulan

- Helmy Abd Rahman helmy_rahman@hmetro.com.my

Menggunaka­n kaedah saintifik melalui imbasan cap jari bagi menentukan personalit­i mengikut lima perwatakan asas, pelajar Madrasah Tarbiyyah Islamiyyah Darul Hijrah di Kompleks Anak Yatim dan Tahfiz Darul Hijrah, Chendering, Terengganu mampu menghafaz 30 juzuk al-Quran dalam tempoh

tujuh bulan berbanding kebiasaan tiga tahun, lapor Helmy Abd Rahman

Lazimnya untuk seseorang menghafaz keseluruha­n 30 juzuk al-Quran memerlukan tempoh tiga tahun tetapi berbeza dengan pelajar Madrasah Tarbiyyah Islamiyyah Darul Hijrah di Kompleks Anak Yatim dan Tahfiz Darul Hijrah, Chendering, di sini, yang hanya mengambil masa tujuh bulan.

Malah, ada antara pelajar mampu menghafaz dalam tempoh lima bulan saja. Rahsia madrasah berkenaan mampu menghasilk­an hafiz dalam tempoh singkat itu iaitu dengan menggunaka­n kaedah saintifik dengan mengajar setiap pelajar mengikut personalit­i masing-masing.

Pengasasny­a, Wan Muhammad Mizan Wan Abd Latiff berkata, setiap pelajar dikehendak­i membuat imbasan cap jari sebelum dinilai bagi menentukan personalit­i diri sebaik mereka mendaftar di pusat tahfiz berkenaan.

“Setiap manusia ada karakter tersendiri, tetapi secara asasnya ia terbahagi kepada lima personalit­i iaitu

sensing yang mempunyai kecerdasan mengesan dan mengingat, thinking (bersifat analitikal), intuiting (kreatif dan cerdas visual), feeling (kecerdasan emosi dan pendengara­n) serta instinct (serba boleh).

“Apabila tahu jenis atau kategori setiap pelajar, kami menyediaka­n sistem pembelajar­an khusus untuk mereka mengikut kemampuan masing-masing,” katanya.

Menurutnya, sebagai contoh, bagi mereka yang bersifat kreatif dan cerdas visual lebih mudah menghafaz menerusi lukisan. Jadi, setiap malam sebelum belajar, mereka dikehendak­i melukis apa yang mahu dihafaz sebagai persediaan.

Katanya, bagi pelajar bersifat kecerdasan, mengesan dan mengingat pula hanya perlu melihat permulaan ayat manakala untuk yang berpersona­liti kecerdasan emosi dan pendengara­n, boleh menghafaz dengan hanya mendengar bacaan.

“Teknik dipanggil STIFIn itu diperkenal­kan pengkaji dari Indonesia, Farid Poniman dan terbukti keberkesan­annya apabila ada pelajar madrasah yang mampu menghafaz 30 juzuk al-Quran dalam masa lima bulan.

“Memang ada banyak cara mengenali personalit­i manusia tetapi kaedah ini mempunyai ketepatan paling tinggi dalam menentukan karakter seseorang iaitu 95 peratus.

“Ia bukan hanya boleh digunakan bagi menghafaz ayat al-Quran tetapi teknik ini boleh dipraktikk­an dalam pelbagai bidang dan tidak terikat kepada usia tertentu.

“Baru-baru ini, ada seorang warga emas berusia lebih 70 tahun mampu menghafaz satu juzuk dalam tempoh sebulan,” katanya.

Pelajar madrasah, Nurhakimah Muda, 16, berkata, teknik berkenaan bukan saja berkesan, malah dia lebih seronok untuk belajar dan menghafaz.

“Saya tergolong dalam ciri personalit­i kreatif dan cerdas visual dan setiap malam sebagai persediaan, saya lukis apa yang ingin dihafaz, contohnya jika ada surah menyebut mengenai matahari, saya lukis matahari.

“Melalui kaedah itu, saya dapat menghafaz 30 juzuk dalam tempoh tujuh bulan,” katanya yang berasal dari Kampung Tok Nasek, di sini.

Rakannya Nur Ilyani Muhd Azmy, 15, berkata, dia mengambil masa lima bulan untuk menghafaz 30 juzuk kitab suci itu.

Menurutnya, dia dikenal pasti memiliki personalit­i kecerdasan mengesan dan mengingat, sekali gus diajar dengan kaedah menandakan permulaan ayat sebelum mengingat keseluruha­nnya.

Nurhakimah dan Nur Ilyani yang juga anak yatim piatu menjadi antara lapan pelajar kemasukan pertama yang menamatkan kursus hafazan di madrasah berkenaan.

Ada seorang warga emas berusia lebih 70 tahun mampu menghafal satu juzuk dalam tempoh sebulan Wan Muhammad Mizan

Wan Abd Latiff

 ??  ??
 ??  ?? PENGIMBAS cap jari untuk mengetahui personalit­i individu. SEBAHAGIAN pelajar membaca al-Quran di Madrasah Tarbiyyah Islamiyyah Darul Hijrah.
PENGIMBAS cap jari untuk mengetahui personalit­i individu. SEBAHAGIAN pelajar membaca al-Quran di Madrasah Tarbiyyah Islamiyyah Darul Hijrah.
 ??  ?? WAN Muhammad Mizan (kanan) membantu pelajarnya menggunaka­n pengimbas cap jari untuk mengenal pasti potensi pembelajar­an masing-masing.
WAN Muhammad Mizan (kanan) membantu pelajarnya menggunaka­n pengimbas cap jari untuk mengenal pasti potensi pembelajar­an masing-masing.
 ??  ?? PELAJAR menunjukka­n kaedah menghafal al-Quran mengikut personalit­i masing-masing.
PELAJAR menunjukka­n kaedah menghafal al-Quran mengikut personalit­i masing-masing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia