Harian Metro

KP IMIGRESEN TURUN PADANG

 Ketua Pengarah JIM pantau operasi imigresen di KLIA selepas pendedahan ramai migran Bangladesh diseludup masuk

- Skuad Khas Harian Metro am@hmetro.com.my

Ketua Pengarah

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Datuk Seri Mustafar Ali ‘turun padang’ meninjau operasi Imigresen di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) bersama Skuad Khas Harian Metro.

Tinjauan khas itu dibuat selepas dua minggu akhbar ini membuat pendedahan mengenai kepincanga­n operasi Imigresen hingga menyebabka­n ramai migran Bangladesh berjaya diseludup keluar melalui kaunter tanpa perlu bersusah payah melalui lorong tikus.

Skuad Khas Harian

Metro dibawa meninjau kawasan berkenaan hampir sejam sambil diterangka­n bagaimana operasi di terminal berkenaan dijalankan.

Mustafar dalam kesempatan berkenaan turut mengulas laporan Harian Metro yang mendedahka­n isu berkenaan.

“Saya ucapkan terima kasih kepada pendedahan itu dan kita akan melakukan penambahba­ikan pada aspek berkenaan.

“Dengan jelas saya tegaskan, saya sendiri tidak akan berkomprom­i sekiranya ada salah laku pada pegawai saya.

“Selepas pendedahan itu, tindakan segera saya lakukan dengan menghantar pasukan penyiasat ke Dhaka selain siasatan di sini,” katanya.

Menurutnya, persoalan kenapa dia memberikan maklum balas selepas hampir dua minggu adalah kerana mahu mengumpul maklumat mengenai dakwaan berkenaan.

“Saya tidak cepat melatah dan kumpulkan bukti terlebih dulu. Jika ada kesalahan seperti saya tegaskan sekali lagi tiada kompromi.

“Malah, tinjauan dilakukan bersama Skuad Khas Harian Metro juga dapat memberi input kepada kedua-dua pihak dalam mengenalpa­sti fakta sebenar apa yang berlaku.

“Mungkin ada sedikit perbezaan fakta tetapi itu bukan soalnya..sebaliknya kesamaan antara media dan Imigresen itu akan diteruskan,” katanya.

Pada masa sama Mustafar turut menjelaska­n pertukaran 40 peratus pegawai di KLIA bukanlah bermakna semua mereka terbabit.

“Ramai lagi pegawai yang jujur tetapi pertukaran itu dilakukan kerana proses penggilira­n biasa dilakukan JIM,” katanya.

Bermula 7 Disember lalu, Harian Metro mendedahka­n kegiatan penyeludup­an dilakukan sindiket warga Bangladesh di KLIA.

Op Pintas KLIA itu dilakukan Bahagian Anti Pemerdagan­gan Orang dan Penyeludup­an Migran (ATIPSOM) D7C Bukit Aman selepas risikan dan penyamaran selama tujuh bulan dilakukan.

Hasilnya 11 ahli sindiket termasuk empat warga tempatan ditahan bersama 33 warga Bangladesh yang berjaya diseludup di KLIA.

 ??  ?? PEGAWAI imigresen memantau pelancong asing. SEORANG pelancong
mendaftar masuk di kaunter imigresen. KEADAAN di kaunter imigresen di KLIA, semalam.
PEGAWAI imigresen memantau pelancong asing. SEORANG pelancong mendaftar masuk di kaunter imigresen. KEADAAN di kaunter imigresen di KLIA, semalam.
 ??  ??
 ?? FOTO: ?? SHAHRUL REDZUAN ZULKIFLI DAN KHAIRUS RAMLI
FOTO: SHAHRUL REDZUAN ZULKIFLI DAN KHAIRUS RAMLI
 ??  ?? WARGA asing beratur menunggu giliran mendaftar di kaunter
imigresen.
WARGA asing beratur menunggu giliran mendaftar di kaunter imigresen.
 ??  ??
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro 7 Disember lalu.
LAPORAN Harian Metro 7 Disember lalu.
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro 8 Disember lalu.
LAPORAN Harian Metro 8 Disember lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia