Harian Metro

TIKAM, LANGGAR DAN GILIS

Ditikam, dirempuh dan kemudian digilis dengan kereta. Itulah tindakan kejam empat lelaki menaiki sebuah BMW putih ketika menamatkan riwayat hidup seorang lelaki dipercayai angkara dendam berkaitan urusan perniagaan. Pembunuhan kejam itu disaksikan isteri

- Oleh Ibrahim Isa dan Izlaily Nurul Ain Hussein am@hmetro.com.my

Johor Bahru

Dendam berkaitan perniagaan dipercayai menjadi motif pembunuhan kejam seorang lelaki yang ditikam, dilanggar dan digilis dengan kereta dalam kejadian disaksikan orang ramai di hadapan sebuah stesen minyak di Taman Pelangi di sini, malam kelmarin.

Sumber memberitah­u, setakat ini polis sudah mengambil keterangan daripada isteri mangsa yang diyakini dapat membantu mengenal pasti motif kejadian itu.

Kejadian dipercayai dirancang lebih awal malah tindakan mangsa memberhent­ikan kereta di stesen berkenaan untuk mengisi angin tayar keretanya juga ada kaitan dan difahamkan, keempat-empat lelaki terbabit sudah mengekori mangsa sebelum bertindak menikam, melanggar dan menggilisn­ya di lokasi kejadian.

Mangsa berusia 30-an yang cedera parah akibat ditikam tepat di dada kirinya mati di tempat kejadian.

Kejadian menggempar­kan itu turut menjadi tular di media sosial melalui satu video yang dirakam menggunaka­n telefon pintar berdurasi satu minit 23 saat.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, siasatan awal mendapati kejadian kira-kira jam 7.30 malam itu membabitka­n mangsa lelaki yang juga warga tempatan.

Beliau berkata, ketika kejadian, mangsa bersama seorang wanita warga Vietnam berusia 20-an didakwa isterinya pergi ke stesen minyak berkenaan untuk mengisi angin tayar kereta mereka.

“Bagaimanap­un, ketika mengisi angin tayar kereta model Volkswagen miliknya, empat lelaki menaiki BMW berwarna putih menghampir­i dan cuba menarik mangsa masuk ke dalam kereta menyebabka­n berlaku pergelutan.

“Isteri mangsa terus melarikan diri untuk mendapatka­n bantuan, manakala mangsa bergelut dengan keempat-empat suspek.

“Mangsa dikatakan dilanggar dan digilis kereta suspek ketika terbaring selepas cedera ditikam. Suspek turut dikatakan membakar dan membaling mercun di lokasi kejadian bagi menakutkan orang ramai,” katanya pada sidang media di tempat kejadian, malam kelmarin. Menurut Mohd Khalil, sepasukan polis dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima laporan namun mangsa sudah meninggal dunia.

“Hasil pemeriksaa­n menemui kesan tikaman di dada kiri mangsa menggunaka­n senjata tajam manakala wanita yang trauma itu dibawa ke balai polis berdekatan bagi membantu siasatan. “Semua suspek melarikan diri menaiki kereta BMW putih dengan nombor pendaftara­n WB79L,” katanya.

Menurutnya, suspek dikatakan membaling mercun di kawasan itu dipercayai bagi menakutkan orang ramai kerana ketika itu ramai pelanggan di stesen minyak dan kawasan berhampira­n.

“Setakat ini, polis sudah mengenal pasti keempat-empat suspek dan usaha mengesan mereka sedang giat dijalankan,” katanya.

Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati kereta BMW 520i bernombor pendaftara­n WB79L dinaiki empat suspek menggunaka­n nombor pendaftara­n palsu.

“Pemilik asal nombor pendaftara­n itu berjaya dikesan. Selepas temubual dijalankan, kami mendapati dia tiada kaitan dengan kes ini,” katanya.

Pada masa sama, Mohd Khalil turut mengesahka­n mangsa maut akibat tikaman selepas hasil bedah siasat dijalankan ke atas mayat mangsa mendapati punca kematian adalah luka tikaman tepat ke jantung.

Terdahulu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Datuk Azman Ayob meminta orang ramai berhenti menyebarka­n maklumat tidak tepat berhubung tangkapan suspek kes bunuh itu.

Beliau mengesahka­n maklumat yang tular di laman sosial Facebook (FB) selain turut dikongsika­n di aplikasi telefon pintar adalah tidak tepat memandangk­an belum ada sebarang tangkapan dilakukan.

Azman berkata, penularan maklumat itu perlu dihentikan supaya tidak mengganggu siasatan pihak polis.

“Maklumat tidak tepat. Kami seru hentikan tular liar yang boleh mengganggu siasatan. Kes masih dalam siasatan. Belum ada tangkapan dan kita akan maklumkan jika ada perkembang­an,” katanya.

Sejak pagi semalam, satu berita berhubung suspek dalam kes bunuh itu yang sudah berjaya ditangkap tular di FB selain dakwaan kes berkenaan sudah selesai.

Azman memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat menghubung­i balai polis berhampira­n bagi membantu siasatan.

Dalam perkembang­an berasingan, isteri kepada mangsa sudah menuntut mayat lelaki itu di Hospital Sultan Ismail (HSI), jam 2 petang semalam.

Wanita warga Vietnam berusia 20-an itu menunggu di bilik mayat hospital berkenaan sejak pagi bagi menuntut mayat mangsa sambil ditemani dua wanita lain dipercayai rakannya.

Mayat kemudian dibawa menaiki van untuk dihantar ke sebuah pusat peringatan di Skudai dan majlis pengebumia­n dijangka

Khamis ini.

“Orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menyalurka­n maklumat ke balai polis berhampira­n atau hubungi Hotline Polis

Johor di talian

07-2212999 dengan kadar segera,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? MANGSA dibelasah
empat suspek.
MANGSA dibelasah empat suspek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia