Harian Metro

Ally FT, Masrina B gegar Subang

- Mohd Badlishah Mohd Ali badlishah@hmetro.com.my

Edisi ke-11 Karnival Futsal Milo Hidup Bola 2017 (KFMHB) memberi tuah buat skuad Ally FT ‘A’ apabila mengunggul­i Grand Final KFMHB menewaskan Court Soccer 3-2 dalam aksi final yang berlangsun­g sengit di Sports Planet Subang Grand, baru-baru ini.

Ally FT ‘A’ berjaya membolosi gawang lawan menerusi jaringan Muhammad Faes Hakimi, Nor Huzaireen Nor Effendy dan Muhammad Alff Iezad. Dalam saingan separuh akhir, Court Soccer mengalahka­n Kasika FC 3-2 manakala Ally FT terpaksa bermandi peluh sebelum menewaskan wakil Kelantan, Primier A 1-0.

Hasil kejayaan itu Ally FT membawa pulang wang tunai RM15,000, trofi, pingat, barangan Milo dan Figos manakala Court Soccer menerima RM10,000, pingat, barangan Figos selaku naib juara. Kedudukan ketiga menjadi milik bersama Kasika FC dan Primier A masing-masing menerima RM7,000.

Pasukan Ally FT diterajui oleh Dato Ally Nawawi dan dikendalik­an Amran Ideris jelas memberi impak besar kepada pasukan futsal amatur di Lembah Klang.

Menurut Amran: “Kami membuat persediaan dari awal tahun lagi untuk menghadapi pertanding­an ini. Saya amat teruja dan bangga dengan pasukan ini kerana mereka bermain sebagai satu pasukan. Segala penat lelah kami terbalas bila kami menjuarai Grand Final Milo Hidup Bola.”

Sementara itu dalam kategori bawah 12 tahun, wakil Kelantan, Masrina B muncul juara selepas memadam impian PKNK Milo dengan kemenangan 2-1. Sebelum itu pada aksi separuh akhir Masrina B menewaskan pasukan Wameza FC 4-1 manakala PKNK Milo mengalahka­n

Kemenangan itu membolehka­n KJLJD membawa pulang piala pusingan, wang tunai RM1,200, pingat dan hadiah sumbangan Milo, manakala MBMB pula meraih RM800, pingat serta hadiah sumbangan penaja.

Pasukan UPM B muncul juara bagi kategori Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Lelaki selepas menewaskan UPM A 1-0 sekali gus membawa pulang piala pusingan, wang tunai RM1,200, pingat dan barangan Milo.

Kategori IPT Wanita turut menyaksika­n UPM A menjuarai kategori itu selepas menewaskan rakan sekampus, UPM B 3-2 pada perlawanan sengit aksi final sekali gus menerima piala pusingan, wang tunai RM1,200, pingat dan barangan Milo. Sri Gong SKK 2-0.

Masrina B turut menerima hadiah wang tunai RM15,000, trofi, pingat, barangan Milo/Figos selaku juara bawah 12 tahun manakala PKNK Milo menerima RM10,000. Kedudukan ketiga bersama menjadi milik Wameza FC dan Sri Gong SKK masing-masing menerima wang tunai RM7,000, pingat, barangan Milo-Figos.

Pengurus Pemasaran Sukan Nestle Product, Ng Ping Loong berkata, sambutan dan persediaan pasukan bertanding tahun ini lebih meriah dan terbaik.

"Semua pasukan sudah menunjukka­n kematangan masing-masing dan perlu diteruskan pada tahun depan.

"Saya yakin kejohanan ini banyak membantu kanak-kanak serta remaja menjadi sihat dan berani. Ternyata mereka berbakat dalam sukan futsal dan mereka perlu berusaha agar bakat mereka dapat digunakan untuk membantu negara satu hari nanti," katanya.

 Masing-masing bawa pulang wang tunai RM15,000 dan trofi

Chinese Taipei A dari Taiwan dinobatkan juara selepas membenam Chinese Taipei B pada saingan kategori lelaki B-18, sekali gus menerima piala pusingan, wang tunai RM800, pingat dan hadiah sumbangan Milo.

Perlawanan akhir bagi kategori bawah 15 tahun lelaki pula menyaksika­n Young Boys muncul juara manakala Cute Millenia muncul juara kategori perempuan. Kedua-dua pasukan menerima piala pusingan, wang tunai RM800, pingat dan produk sumbangan Milo.

Lebih 300 pasukan menyertai acara tahunan terbesar Pesta Hoki Antarabang­sa USM kali ini yang berlangsun­g selama tiga hari bermula 15 hingga 17 Disember 2017.

 ??  ?? SKUAD Ally FT bersama jurulatih, Amran Ideris (belakang dua dari kanan) ceria selepas muncul juara Grand Final 2017 di Sport Planet Subang Grand.
SKUAD Ally FT bersama jurulatih, Amran Ideris (belakang dua dari kanan) ceria selepas muncul juara Grand Final 2017 di Sport Planet Subang Grand.
 ??  ?? PASUKAN USM Lions mempamerka­n Piala Sultan Azlan Shah
PASUKAN USM Lions mempamerka­n Piala Sultan Azlan Shah
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia