Harian Metro

2 jam redah sungai

- Hazsyah Abdul Rahman hmkk@hmetro.com.my

 Bapa sanggup bawa empat anak naik bot bagi terima sumbangan beg sekolah, alat tulis

Seorang bapa sanggup membawa empat anaknya menaiki bot selama dua jam bagi menerima sumbangan beg sekolah dan alat tulis baru pada Majlis Penyerahan Bantuan Awal Persekolah­an 2018, semalam.

Mohamad Kadir, 36, yang bekerja sebagai nelayan berkata, dia membawa anaknya Samsul, 7, Dayang Suriani, 8, Mohamad Hafiz, 10, dan Zullizman, 11, dari rumah mereka di Kampung Mumiang, Kinabatang­an ke bandar ini untuk mengikuti program berkenaan.

Katanya, mereka terpaksa bangun seawal jam 6 pagi bagi memastikan tidak terlepas daripada menerima sumbangan berkenaan.

“Kami menumpang bot laju milik Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Kampung Mumiang. Syukurlah, kami sampai di sini dengan selamat,” katanya ketika ditemui selepas majlis itu.

Sumbangan disampaika­n Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman.

Ia adalah program tanggungja­wab sosial korporat (CSR) Koperasi Pembanguna­n Desa (KPD).

Pada majlis itu, 1,800 murid dan pelajar dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Sukau dan DUN Sungai Sibuga menerima bantuan beg sekolah dan alat tulis.

Mohamad berkata, sumbangan itu sedikit sebanyak dapat meringanka­n bebannya untuk menyediaka­n kelengkapa­n sekolah bagi keempat-empat anaknya.

Katanya, ini memandangk­an dia hanya bekerja sebagai nelayan dengan pendapatan yang tidak tetap.

“Alhamdulil­lah, tahun ini semua anak saya turut diberikan beg sekolah seperti tahun sebelum ini.

“Dengan ini, kami tidak perlu mengeluark­an belanja untuk membeli beg sekolah dan alat tulis baru lagi,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia