Harian Metro

SYAFIQ RUPANYA

Luluh hati bapa ketahui berita kematian zuriat akibat nahas melalui media sosial

- Nur Saliawati Salberi nursaliawa­ti@mediaprima.com.my

Luluh hati seorang bapa apabila kemalangan maut di persimpang­an Taman Rumpun Bahagian, Bachang di sini, kelmarin yang tular menerusi media sosial rupa-rupanya membabitka­n anak lelakinya.

Dalam kejadian jam 8 malam, mangsa, Syafiq Ismail Hamzah, 22, kakitangan syarikat swasta di Batu Berendam, maut apabila motosikal ditunggang­nya bertembung lori dipandu lelaki berusia 65 tahun.

Bapa mangsa, Hamzah Siak, 52, berkata, sejurus melihat gambar kemalangan yang tular, hatinya berasa ada benda tidak kena lalu menelitiny­a untuk memastikan motosikal terbabit milik Syafiq atau sebaliknya

“Ketika melihat gambar kemalangan maut yang tular itu, hati saya mengatakan itu Syafiq. Selepas menelitiny­a saya dapati memang benar motosikal berkenaan milik arwah. Kerana mahukan kepastian saya hubungi rakan arwah dan dia sahkan Syafiq terbabit dalam kemalangan itu.

“Sejurus kemudian saya bersama isteri yang tinggal di Yan, Kedah bergegas ke Melaka. Walaupun masih terkejut, saya reda dengan pemergian arwah dan kehilangan­nya memberikan kesan mendalam terhadap kami sekeluarga,” katanya. Katanya, anak ketiga daripada lima adik-beradik itu baru sebulan bekerja di syarikat berkenaan dan jenazah dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Bukit Katil selepas proses bedah siasat selesai.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Penguatkua­saan Trafik negeri Superinten­dan Mohd Sham Abdullah berkata, mangsa disahkan maut di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan kerana parah di kepala.

“Ketika kejadian mangsa menunggang dari Jalan Tun Fatimah menghala ke Bachang. Bagaimanap­un, ketika sampai di persimpang­an berkenaan, motosikal Yamaha Lagenda ditunggang mangsa bertembung dengan lori yang membelok ke Taman Rumpun Bahagia.

“Motosikal dan lori berkenaan akan dihantar untuk menjalani pemeriksaa­n di Pusat Pemeriksaa­n Kenderaan Berkompute­r (PUSPAKOM) bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1)(A) Akta Pengangkut­an Jalan 1987,” katanya.

Mohd Sham berkata, mayat mangsa dibedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk mengenal pasti punca kematian sebelum dituntut ahli keluarga bagi urusan pengebumia­n.

 ?? FOTO: RASUL AZLI SAMAD ?? ANGGOTA polis dibantu orang awam mengangkat jenazah Syafiq Ismail (gambar kecil) yang maut dalam kemalangan di persimpang­an Taman Rumpun Bahagian, Bachang.
FOTO: RASUL AZLI SAMAD ANGGOTA polis dibantu orang awam mengangkat jenazah Syafiq Ismail (gambar kecil) yang maut dalam kemalangan di persimpang­an Taman Rumpun Bahagian, Bachang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia