Harian Metro

Tak pernah rancang lantik Amy

-

beberapa media.

“Selepas menyiasat, kami dapati ia perbuatan salah seorang wakil ejen produk ini yang menggunaka­n khidmat orang tengah untuk mendapatka­n gambar Amy memegang produk berkenaan.

“Gambar berkenaan seterusnya diletakkan ‘watermark’ nama dan nombor telefon ejen terbabit sebelum dikongsika­n di laman Facebook rasmi kendaliann­ya. Pihak syarikat kesal dengan salah faham yang berlaku,” katanya dalam sidang media di sebuah hotel di sini, semalam.

Hadir sama, Pengasas NMH Legacy, Datuk Dr Norazlansh­ah Hazali dan Pengarah Urusan NMH Legacy, Datuk Mashita Masri.

Shahrulazw­ad juga berkata, tindakan Amy itu juga bukan strategi pemasaran produk mereka seperti didakwa segelintir pihak.

Sebaliknya, perkataan penipuan diletakkan Amy pada gambar itu dan dimuat naik pada Instagram miliknya menimbulka­n pelbagai reaksi negatif orang ramai terhadap syarikat dan produk mereka.

“Ini bukan satu strategi daripada syarikat bagi melariskan produk. Kami ada cara tersendiri memasarkan produk seperti iklan di TV dan radio.

“Syarikat sudah memberi amaran kepada ejen terbabit dan juga kepada semua ejen produk. Malah, ejen ini juga dalam pemerhatia­n syarikat.

“Diharapkan penjelasan ini dapat menghentik­an serta-merta semua persepsi dan prasangka buruk terhadap produk dan nama syarikat,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia