Harian Metro

SAYA ‘ENJOY’

- Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

Iqram nafi berkelakua­n pelik disebabkan kematian bapa

“Saya jadi begini bukan selepas bapa meninggal dunia, tapi sebelum itu lagi,” kata pelakon, Iqram Dinzly kepada pertanyaan peminat menerusi di Instagram miliknya, semalam.

Iqram berkata, selepas bapanya, Muhammad Saipuddin Ahmad Said meninggal dunia pada 10 Oktober lalu, dia lebih kenal diri dan kehidupan.

“Saya ‘enjoy’ dengan kehidupan sekarang. Saya tak kacau orang pun, sebaliknya orang saja suka kacau saya. Selepas ayah meninggal, saya lebih kenal diri dan kehidupan. Malah, bapa tinggalkan banyak kebaikan untuk saya.

“Orang yang sebarkan cerita ini seperti pernah Kuala Lumpur: Syarikat By Dr Azlan menjelaska­n tidak terbabit dalam pengambila­n dan penggunaan gambar penyanyi Amy Search yang memegang kotak produk seperti yang dipaparkan dalam Instagram milik penyanyi itu, minggu lalu.

Peguam mewakili syarikat itu, Shahrulazw­ad Ismail berkata, syarikat terbabit tidak pernah merancang untuk melantik Amy sebagai duta produk, apatah lagi menipu penyanyi itu.

“Pihak syarikat mengetahui isu ini selepas gambar terbabit dipaparkan di Instagram Amy sebelum dilaporkan dalam duduk sebilik dengan saya sehingga tahu segala-galanya. Sesiapa yang nak jatuhkan saya, silakan. Buat apa nak takut, saya tak pernah buat salah pun,” katanya.

Menerusi ‘live’ itu juga, Iqram menegur sikap netizen yang sentiasa mengeluark­an kata-kata negatif terhadapny­a.

“Saya malas habiskan masa layan netizen yang selalu beranggapa­n negatif. Mereka ini yang patut kita sedekahkan Al- Fatihah selalu supaya dilindungi.

“Selagi netizen tak minta maaf satu-persatu dengan saya, saya akan terus mendiamkan diri. Saya bersyukur dengan apa yang ada. Ini rezeki Allah,” katanya.

Menurut Iqram, dia tidak kisah jika ada netizen menganggap­nya gila. Malah, Iqram menafikan dia mengamalka­n sebarang ilmu tarekat atau tasawuf sehingga membuatkan dia berkelakua­n sebegitu.

“Kalau orang kata saya gila, baguslah. Orang gila ini bagus sebab mereka dijanjikan syurga oleh Allah.

“Saya masih berlandask­an al-Quran dan Sunnah. Guru saya memerhatik­an apa saya lalui sekarang. Terima kasih sahabat dan keluarga yang sentiasa berikan kata-kata positif.

“Saya minta maaf sekali lagi atas apa yang saya lakukan selama ini,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Zed Zaidi, berkata, pihaknya akan berusaha mendekati dan cuba membantu masalah dihadapi Iqram.

 ??  ?? AMY Search
AMY Search
 ??  ?? RITA
RITA
 ??  ?? IQRAM
IQRAM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia