Harian Metro

Lancar operasi kekangan

-

Johor Bahru: Polis Johor menahan 31 individu atas pelbagai kesalahan dalam 21 serbuan Op Cantas Khas yang diadakan tengah malam hingga pagi semalam, untuk membantera­s kegiatan kumpulan kongsi gelap terutama selepas pembunuhan nekad membabitka­n ketua kumpulan kongsi gelap, Ahad lalu.

Tindakan itu dilakukan selepas Polis Johor menahan suspek utama kes berkenaan dengan kerjasama Polis Singapura.

Langkah diambil polis bagi mengelak sebarang tindakan balas antara ahli kumpulan berkenaan.

Menerusi catatan di laman Facebook rasmi, Polis Johor memaklumka­n individu itu ditahan selepas pemeriksaa­n dilakukan terhadap 257 individu bermula jam 12 tengah malam hingga jam 6 pagi.

Operasi dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Johor itu menyasarka­n premis atau pusat hiburan yang menjadi tempat pertemuan ahli kongsi gelap.

Katanya, operasi itu juga dilancarka­n bagi membantera­s, mengekang serta melumpuhka­n kegiatan jenayah kekerasan, jenayah jalanan dan jenayah bersindike­t yang membabitka­n semua elemen jenayah.

Polis Johor turut menegaskan pihaknya akan membantera­s mana-mana kumpulan yang cuba menimbulka­n kekacauan dan ketakutan kepada masyarakat.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, semua kontinjen polis seluruh negara diarahkan melancarka­n Op Cantas dan Op Dadu menjelang perayaan Krismas dan Tahun Baru 2018. “Semua kontinjen seluruh negara diarahkan melancarka­n operasi seumpama ini yang diadakan setiap hari apatah lagi pada musim perayaan dan tahun baru ini.

“Di Johor, anda akan melihat pasukan polis berpakaian (MIB) berada di tempat awam sepanjang operasi ini dijalankan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini, semalam.

 ??  ??
 ??  ?? PASUKAN polis berpakaian MIB melancarka­n Op Cantas dan Op Dadu menjelang perayaan Hari Krismas dan Tahun Baru 2018 di Johor Bahru.
PASUKAN polis berpakaian MIB melancarka­n Op Cantas dan Op Dadu menjelang perayaan Hari Krismas dan Tahun Baru 2018 di Johor Bahru.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia