Harian Metro

BERANG KEKASIH PUTUSKAN CINTA

- Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor mohdhelmi@hmetro.com.my

Pramugari cedera dibelasah bekas teman lelaki

Berang kekasihnya mahu memutuskan hubungan, seorang pramugari cedera dibelasah bekas teman lelaki dalam kejadian di sebuah restoran di Bandar Baru Nilai, kelmarin.

Sumber berkata, dalam kejadian jam 3.30 pagi, mangsa berusia 20-an bersama tiga lagi rakan sedang minum di restoran itu.

“Sebelum itu, suspek berusia 20-an menghubung­i mangsa yang ketika itu berada di rumahnya di Green Beverly Hill.

“Tidak lama kemudian, bekas teman lelaki mangsa datang ke restoran itu bersama seorang rakannya.

“Lelaki itu meluru ke arah mangsa dan menumbukny­a di bahagian muka.

“Tidak cukup dengan itu, mangsa juga dibelasah di seluruh anggota badan menggunaka­n tangan,” katanya.

Kata sumber itu lagi, teman lelaki mangsa cuba meleraikan pergaduhan sebelum dia juga ditumbuk di muka.

“Menyaksika­n suspek tidak keruan, mangsa dan teman lelakinya melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta. Mereka membuat laporan di Balai Polis Nilai selepas kejadian,” katanya.

Menurut sumber itu, mangsa dan suspek pernah bercinta berikutan bekerja sebagai pramugara dan pramugari di Sepang.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Deputi Superinten­dan Azrul Hisham Mohd Shaffie dihubungi mengesahka­n menerima laporan.

Katanya, suspek sudah ditahan dan direman empat hari mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangk­an kecederaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia