Harian Metro

GODAAN LATA LEMBIK Destinasi erat kekeluarga­an

-

Ingin menikmati panorama alam sekitar antara perkara yang membuatkan

Mohd Nazin Yahya, 55, sanggup datang sejauh 262 kilometer ke Lata Lembik bersama isteri dan anak-anak.

Kata Mohd Nazin, setiap tahun dia berusaha mencari masa terluang membawa ahli keluargany­a ke sana sebagai terapi minda selepas berpenat lelah seharian di tempat kerja.

“Adakalanya, kedatangan kami turut disertai ahli keluarga dalam kalangan adik-beradik isteri menjadikan kawasan ini sungguh meriah dengan pelbagai aktiviti kekeluarga­an, sekali gus merapatkan hubungan kekeluarga­an kerana ada di antara kami menetap di Negeri Sembilan, Johor dan Kuala Lumpur.

“Kawasan rekreasi ini turut menyediaka­n penginapan chalet moden, chalet ala kampung dan kawasan perkhemaha­n justeru, sukar untuk kami menolak bermalam di sini,” katanya.

Apa yang menarik, air sungai di Lata Lembik jernih dan tidak tercemar akibat pembalakan membolehka­n mereka mencedok air dari sungai berkenaan dan dimasak sebagai air minuman.

Menurutnya, aktiviti memancing, menjala, berbasikal dan karaoke sering menjadi pilihan keluargany­a ketika menginap di Lata Lembik.

Bagi penggiat aktiviti lasak, Khairul Azfnizan Mokthtar, 39, aktiviti seperti memanah, menyumpit, melastik, flying fox, abseiling dan skywalk sesuai untuk mereka yang berusia 15 tahun dan ke atas.

Beliau antara pengunjung yang sering ke Lata Lembik bersama ahli keluarga bagi melakukan aktiviti luar di sana.

Katanya, mereka yang gemarkan sukan lasak sesuai mendaki di Gunung Lebah Timur dengan ketinggian 1,540 meter dan Gunung Lebah setinggi 1,822 meter dari paras laut.

“Pengunjung juga boleh mendaki dari Gunung Lebah Timur dan turun di Gunung

Lebah atau mendaki ke kedua-dua puncak dan bermalam di Lata Lembik,” katanya. alam liar di sekitar Lata Lembik bagi membolehka­n masyarakat terutama pelancong memahami kepentinga­n ekosistem kawasan hijau berkenaan.

“Kawasan yang berkeluasa­n empat hektar di sini dibangunka­n sebagai hutan terbuka untuk eko pelanconga­n.

“Selebihnya, hutan tertutup di bawah bidang kuasa Jabatan Perhutanan Pahang dan pelancong perlu mendapatka­n permit sekiranya ingin melakukan aktiviti di dalam hutan berkenaan,” katanya.

Taman Eco Lata Lembik memiliki ratusan spesies termasuk serangga, reptilia, mamalia dan avifauna kerana kawasan berkenaan berdekatan air terjun dan sungai yang menghiasi pandangan pengunjung di sepanjang taman.

Antara spesies yang masih ditemui pengunjung ialah rama-rama seperti

dan rajah brooke yang boleh ditemui dalam hutan.

Laluan utama Sungai Lipis dan Sungai Kenor membawa pelbagai spesies ikan air tawar termasuk kelah, baung, tengas, tengas daun, baung kenerak dan keli.

Spesies enggang antaranya burung

dan burung murai batu, takau rakit, bul bul, sepah puteri, tiong emas dan

Katanya, beliau turut berkesempa­tan

Taman eko terletak 1,000 meter dari aras laut kaya flora, fauna

menemui tupai terbang pipi merah pada waktu malam di sekitar kawasan taman eko terbabit.

“Sukar untuk mendekati haiwan berkenaan namun saya bersyukur kerana haiwan yang dilindungi sepenuhnya itu masih wujud dan kekal di dalam habitatnya,” katanya.

Beliau turut mengakui, selama berada di situ, beberapa haiwan seperti tupai kerawak, tenggiling, tapir, beruang madu, kijang,

 ??  ??
 ??  ?? KHAIRUN Nur Aqilah, 6, bersedia untuk melakukan aktiviti flying fox.
KHAIRUN Nur Aqilah, 6, bersedia untuk melakukan aktiviti flying fox.
 ??  ?? ALIRAN sungai di Taman Eko Lata Lembik tidak tercemar dengan pembalakan.
ALIRAN sungai di Taman Eko Lata Lembik tidak tercemar dengan pembalakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia