Harian Metro

REZEKI CILI BARA

- Mohd Rafi Mamat am@hmetro.com.my

 Bapa tunggal mampu raih RM150 sehari apabila cili berbuah

“Saya hanya mampu mengucapka­n terima kasih kepada ahli Kelab Bintang Lama Lanchang (LOSG) di sini, yang menghulurk­an bantuan memulakan projek tanaman cili api bara menggunaka­n kaedah fertigasi.

“Sebanyak 280 beg tanaman disediakan yang mampu memberikan pendapatan antara RM80 dan RM150 sehari apabila pengeluara­n buah bermula awal tahun depan,” kata bapa tunggal, Roslan Rosli, 49.

Roslan yang menetap di Kampung Bolok Hilir Lanchang di sini, berkata, selepas kematian isteri akibat kanser otak kira-kira tiga tahun lalu, dia tidak dapat melakukan kerja kerana terpaksa menjaga dua anaknya yang juga orang kurang upaya (OKU).

Katanya, kerja kampung dilakukan sebelum ini tidak dapat dilaksanak­an sepenuhnya dan kini hidup keluargany­a hanya bergantung kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang diterima anaknya RM300 sebulan.

“Saya juga menerima bantuan Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Pahang RM600 sebulan dalam bentuk baucar. Setiap bulan pelbagai barangan keperluan harian diambil di Pasaraya Darulmakmu­r cawangan Temerloh.

“Rumah tempat saya sekeluarga berteduh ini pemberian kerajaan di bawah Program Bantuan Rumah (PBR) Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) yang diterima dua tahun lalu,” katanya ketika ditemui di sini, kelmarin.

Roslan berkata, projek tanaman cili api bara menggunaka­n kaedah fertigasi diusahakan diharap dapat mengubah taraf hidupnya yang kini bergantung sepenuhnya kepada bantuan.

Katanya, dia tidak pernah menyangka rakan sekampung dalam LOSG sanggup memberikan bantuan kepadanya memulakan projek pertanian yang mampu memberikan pendapatan tambahan bagi menyara keluarga.

“Saya bersyukur masih ada pihak prihatin dengan nasib saya sekeluarga, hanya terima kasih saja mampu diberikan kepada mereka yang membantu,” katanya.

Sementara itu, jurucakap LOSG Muhamad Majid, 52, berkata, pihaknya menyediaka­n peruntukan RM5,000 untuk menyediaka­n semua peralatan bagi menjayakan projek pertanian berkenaan.

“Kami ahli kelab berusaha memberikan pendapatan sampingan kepadanya (Roslan) yang kini tidak mampu melakukan kerja kerana terpaksa menjaga dua anaknya yang cacat,” katanya.

 ?? Roslan Rosli ?? Sebanyak 280 beg tanaman disediakan yang mampu memberikan pendapatan antara RM80 hingga RM150 sehari apabila pengeluara­n buah bermula awal tahun depan” ROSLAN (kanan) dan Muhamad melihat projek tanaman cili api bara menggunaka­n kaedah fertigasi di...
Roslan Rosli Sebanyak 280 beg tanaman disediakan yang mampu memberikan pendapatan antara RM80 hingga RM150 sehari apabila pengeluara­n buah bermula awal tahun depan” ROSLAN (kanan) dan Muhamad melihat projek tanaman cili api bara menggunaka­n kaedah fertigasi di...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia