Harian Metro

Remaja maut mandi air terjun bersama rakan

-

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tiba bersama rakannya di pulau ini petang kelmarin sebelum memasuki kawasan air terjun itu pada jam 12.30 tengah hari.

Rakan mangsa Nur Alina Ramli, 16, berkata sebelum kejadian arwah kelihatan teruja untuk mandi bersama dua rakan di tingkat paling bawah di kawasan air terjun yang mempunyai tujuh tingkat itu.

“Tiga lagi rakan kami berada di tingkat atas. Bagaimanap­un, dua rakan yang berada di sisi arwah terkejut apabila arwah tidak timbul selepas menyelam di kawasan lubuk air di air terjun itu,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Langkawi (HL), di sini.

Nurul Intan Nadia adalah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bakar Arang, Sungai Petani.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Langkawi Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Hisham Ibrahim berkata, mayat mangsa ditemui orang awam di kawasan air terjun sebelum dibawa naik ke darat.

“Pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 1.23 tengah hari sebelum menghantar sepasukan lapan anggota bersama dua jentera termasuk jentera Perkhidmat­an Perubatan Kecemasan (EMRS) ke lokasi.

“Sejurus tiba anggota bomba dimaklumka­n seorang remaja wanita terjatuh ke kawasan air terjun sebelum mayatnya ditemui orang awam dan dibawa naik ke darat,” katanya ketika dihubungi, di sini.

Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan.

“Mayat kemudian dibawa turun dari kawasan air terjun ke tempat letak kenderaan pusat rekreasi itu sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA bomba mengusung mayat Nurul Intan yang ditemui lemas selepas terjatuh ke dalam air ketika mandi di Air Terjun Telaga Tujuh.
ANGGOTA bomba mengusung mayat Nurul Intan yang ditemui lemas selepas terjatuh ke dalam air ketika mandi di Air Terjun Telaga Tujuh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia