Harian Metro

BIL RAWATAN RM900,000

- Siti Nor Hidayatida­yu Razali sitinor@hmetro.com.my

 Anak bimbang bapa dirawat di hospital Seoul belum dibenarkan pulang

“Bil rawatan semakin meningkat daripada RM800,000 kepada RM900,000 dalam masa tiga hari.

“Namun, keadaan ayah belum sihat dan tidak dibenarkan keluar dari unit rawatan rapi (ICU) hospital di Seoul, Korea Selatan. Kami bimbang kerana bil rawatan terus meningkat dari hari ke hari,” kata Azman Abd Manaf, 53, anak kepada Abd Manaf Mohd Noh, 81, yang dirawat di sebuah hospital di Seoul, Korea Selatan lebih dua minggu lalu.

Azman berkata, dia sekeluarga berusaha untuk menjelaska­n bil rawatan hospital ayahnya itu.

Katanya, pelbagai pihak tampil memberi bantuan bagi meringanka­n beban mereka sekeluarga yang perlu menanggung bayaran lebih RM400,000 selepas keluargany­a menjelaska­n bayaran RM475,000.

“Baki bil rawatan terkini lebih RM400,000 dan ia dijangka terus meningkat jika rawatan ayah masih lama di sana.

“Kami sekeluarga mahu ayah kembali sihat dan boleh dibawa pulang ke negara kita dengan kadar segera,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Azman yang juga penjawat awam berkata, keluargany­a berusaha membawa pulang ayahnya sebaik kesihatann­ya kembali pulih.

Kepada orang ramai yang mahu menghulurk­an sumbangan boleh menyalurka­nnya ke akaun Maybank 0141231158­25 atas nama Azman Abd Manaf.

Harian Metro kelmarin melaporkan, percutian tujuh sekeluarga di Seoul, Korea Selatan pada 1 Disember lalu bertukar sayu apabila seorang daripada mereka mengalami komplikasi jantung dan lebih dua minggu ditempatka­n di hospital negara itu.

Abd Manaf Mohd Noh, 81, ke negara itu pada 1 Disember bersama dua anaknya, Marina, 47, dan Mahfiz, 40, serta empat cucu, namun jatuh sakit pada 4 Disember.

Warga emas itu menjalani pembedahan kecemasan di bahagian jantung pada 5 Disember lalu dan menerima rawatan di hospital sama dengan bil mencecah RM800,000.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia