Harian Metro

Badak sumbu Sumatera terakhir kian lemah

-

Iman, badak sumbu Sumatera betina terakhir Malaysia yang mengalami pendarahan akibat tumor dalam rahim akan menjadi semakin lemah sekiranya dia tidak makan dengan kuantiti yang banyak.

Pengarah Jabatan Hidupan Liar (JHL) negeri, Augustine Tuuga berkata, Iman hanya terbaring sejak jam 11 malam kelmarin sehingga 6 pagi semalam.

“Dia hanya makan 200 gram daun pada jam 7.30 pagi tadi (semalam). Selain itu, dia juga minum air bersih dengan air yang dicampur dengan vitamin.

“Petang pula dia makan daun sebanyak 1.5 kilogram dan minum lebih banyak air,” katanya dalam kenyataan media di sini, semalam.

Augustine berkata,

Iman turut diberi makanan tambahan jenis cecair sebanyak 11 liter selain diberikan antibiotik dan ubat-ubatan lain bagi mengurangk­an kesakitan.

“Pendarahan masih ada dan ia berwarna merah gelap namun berkuranga­n berbanding semalam. Pada masa sama, Iman tidak mengeluark­an suara. Penyakitny­a masih serius dan dia akan lemah jika mula tidak makan makanan (daun) dengan kuantiti yang besar,” katanya.

Katanya lagi, Iman masih bergerak dan kadang-kadang berehat di dalam kandangnya.

“Bagaimanap­un, keadaannya sentiasa dipantau bagi mengetahui perkembang­annya setiap hari,” katanya.

Terdahulu, Iman dikesan menghidap tumor leiomyoma di rahim apabila dia mula mengalami pendarahan.

Iman ialah seekor daripada dua badak sumbu betina di negara ini selepas kematian Puntung akibat kanser enam bulan lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia