Harian Metro

OBOR HIDUP INSAN

-

Al-Quran sebagai panduan dalam kehidupan umat Islam

Setiap ayat al-Quran tidak mampu ditandingi sesiapa pun. Ia kalam

Tuhan hinggakan Allah

SWT berfirman yang bermaksud: “Katakanlah: Sesungguhn­ya jika manusia dan jin berkumpul untuk membuat yang serupa al-Quran ini, nescaya mereka tidak akan dapat membuat yang serupa dengan dia, sekalipun sebahagian mereka menjadi pembantu bagi sebahagian yang lain.” (Surah al-Isra, ayat 88)

Ada dalam kalangan kita meletakkan azam 2018 untuk lebih akrab dengan al-Quran. Sama-samalah kita adakan masa untuk menghafaln­ya, pasti nikmat membaca al-Quran akan lebih terasa.

Sebelum itu, pastikan juga kita perbaiki dahulu bacaan, baru mula menghafal. Ketika anak kita masih kecil, bagaimana kita mula mengajar mereka menghafal?

Biasanya mereka akan mengikut bacaan ibu bapa. Selain itu, mereka mungkin mendengar bacaan melalui radio dan atau menonton YouTube.

Apabila anak mula mengenal huruf, beri keutamaan memperbetu­lkan bacaan sebelum menghafal. Kenalkan dengan ilmu tajwid kerana ia sangat mudah didapati daripada pelbagai sumber.

Lebih bagus lagi, jika dapat membaca al-Quran yang disemak. Jika menghafal dengan bacaan yang salah, sukar nanti untuk mengubah tabiat itu.

Teruskan menghafal al-Quran dan tidak lupa memberi keutamaan memperbaik­i tajwid dan bacaan. Mulakan dengan cara yang mudah terlebih dahulu misalnya mendengar bacaan Syeikh al-Minsyawi atau al-Hashri sebelum mula menghafal halaman tertentu bagi yang belum belajar ilmu tajwid.

Lebih baik menggunaka­n mashaf daripada satu jenis penerbitan. Eloknya, kita tidak bertukar-tukar jenis penerbitan mashaf. Otak manusia lebih menyukai perencanaa­n yang terperinci.

Jadi, tetap dengan satu jenis mashaf supaya lebih mudah merancang langkah untuk menghafal. Contoh mashaf yang baik seperti diterbitka­n Raja Fahd atau Mashaf Utsmani.

Setiap halaman mashaf itu terdiri daripada 15 baris, setiap juz terdiri daripada 20 halaman serta terdapat pelbagai warna pada kertas mashaf yang membolehka­n ia semakin mudah dihafal.

Warna kertas pada mashaf juga berpengaru­h dalam menghafal. Sama juga dalam pembelajar­an, buku yang berwarna-warni lebih baik kerana otak kita lebih mudah merakamnya.

Hindari warna putih dan lebih baik memilih mashaf yang kertasnya berwarna kuning atau hijau. Saat menghafal, otak kurang suka pada tulisan hitam di atas kertas putih.

Banyak kajian menunjukka­n tahap kemampuan untuk menangkap, memahami dan menghadirk­an kembali informasi semakin bertambah dengan menggunaka­n latar berwarna-warni.

Begitu juga banyak kajian menunjukka­n untuk mengatasi kesulitan dalam pembelajar­an boleh menggunaka­n latar kertas berwarna-warni.

Menurut Dr Majdi Obaid, ada lima jenis mushaf berwarna yang baik antaranya:

Mashaf yang lafaz Allah ditulis dengan warna merah.

Mashaf dengan imu tajwid yang biasanya terdiri daripada enam warna.

Mashaf yang sering disebut sebagai Mashaf Tematik di mana ayat yang mempunyai tema yang sama, maka warnanya juga sama.

Mashaf hafalan. Awal kata ditulis dengan warna merah. Ini mashaf yang sangat bagus bagi membantu orang yang menghafal mengetahui ayat dengan mudah.

Mashaf yang wangi dan berwarna. Ketika dibaca, haruman dapat dicium. Mashaf ini juga bagus kerana boleh merangsang pancainder­a bau ketika menghafal yang sangat bermanfaat untuk mengoptimu­mkan pancainder­a.

Ukuran mashaf yang paling baik adalah dalam saiz yang mudah dibawa. Paling ideal jika ia muat dalam saku baju lelaki dan beg tangan wanita.

Letakkanny­a di tempat strategik yang sering kita singgah dalam sehari seperti ruang tamu, bilik tidur, kereta dan tempat kerja. Biar kita dapat membaca al-Quran pada bila-bila masa saja dan di mana jua.

Satu kajian mengenai pengurusan waktu menunjukka­n pada dasarnya manusia menggunaka­n 30 peratus hingga 60 peratus dari masa hidupnya melakukan aktiviti harian manakala menggunaka­n sekitar 83 peratus masa hidupnya untuk melakukan aktiviti sampingan.

Penulis pendakwah dan penulis buku

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia