Harian Metro

Haram melintas depan orang solat

-

orang yang mengetahui adanya tanda sempadan lalu di hadapan orang yang sedang solat melainkan jika dia tidak menyedarin­ya maka tidaklah haram hukumnya.

Tidak ada perbezaan sama ada tanda sempadan yang diletakkan­nya itu masih kekal atau sudah diterbangk­an angin, sama ada diletakkan tanda sempadan atau tidak, maka harus baginya menolak siapa saja yang cuba melintas di hadapannya.

Adapun bagi masalah kedua, tetap dikira haram bagi sesiapa saja yang melintas di hadapan orang yang sedang solat lebih-lebih lagi jika terdapat tanda sempadan di hadapannya walaupun orang lain yang meletakkan­nya.

2. Orang yang solat di dalam bilik mandi, adakah makruh hukumnya atau tidak? Adakah masih ada pahala baginya atau tidak?

Makruh atau tidak bukan bergantung pada zat solat itu tetapi dikaitkan dengan tempat. Perkara itu tidak menghalang ia daripada mendapat pahala solat yang dikerjakan­nya selagi solatnya sah dan sempurna.

Apa yang menjadi makruh bergantung pada tempat di mana ia mengerjaka­n solat sama seperti mengerjaka­n solat di atas sejadah yang dicuri atau dirampas daripada orang lain atau memakai pakaian curi, pahala solat tetap ada cuma makruh kerana solat di atas sejadah atau memakai pakaian yang dicuri.

3. Bagaimanak­ah jika seseorang mengerjaka­n solat di dalam bilik mandi baru yang belum lagi digunakan? Adakah dikira makruh juga atau tidak?

Tidak dihukum makruh jika seseorang solat di dalam bilik mandi baru yang belum digunakan mengikut pendapat Syeikh Bujairimi.

Berlainan sekiranya di dalam bilik mandi itu ada tandas walaupun belum lagi digunakan, hukumnya tetap dikira makruh kerana kebiasaann­ya tandas itu tempat membuang kotoran.

Justeru, syaitan menjadikan­nya sebagai tempat tinggalnya, sedangkan bilik mandi semata-mata tidak akan menjadi tempat tinggal syaitan selagi tidak ada orang yang mandi telanjang di dalamnya.

Apabila ada orang mandi telanjang di dalamnya, syaitan pun masuk dan menjadikan­nya sebagai tempat tinggal. Tempat berlakunya maksiat juga menjadi tempat perhimpuna­n syaitan.

Oleh itu, orang yang solat di dalam bilik mandi yang sudah digunakan disunatkan supaya mengulangi solatnya semula di tempat yang suci.

Ini antara perkara khilafiah (perbezaan pendapat) dalam kalangan ulama. Mengikut Imam Ahmad ibn Hanbal, bagi perkara khilafiah seperti ini, maka harus dan sunat diulangi solat solat itu walaupun secara seorang diri dan di luar waktunya sekalipun. (Bujairimi)

Sumber: Furu’ Al-Masa’il Wa Usul Al-Wasa'il oleh Maulana Al-Syeikh Daud Abdullah Al-Fathani dan disusun Datuk Abu Hasan Din Al-Hafiz

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia