Harian Metro

TERUJA UNTUNG 20 PERATUS

- Mohd Azam Shah Yaacob mohdazam@hmetro.com.my

Teruja dijanjikan bayaran keuntungan durian runtuh hampir 20 peratus atau bersamaan RM36,000 sebulan.

Itu antara janji manis syarikat pelaburan haram yang mendakwa diberikan hak membangunk­an Pulau Sirandah di Padang, Indonesia.

Akibatnya seorang mangsa, Azri, 45, kerugian wang pelaburan RM180,000 selain tidak menerima satu sen pun bayaran keuntungan yang diharapkan.

Lebih malang, mangsa pula terpaksa membayar ansuran bulanan pinjaman peribadi RM2,000 sebulan.

Azri berkata, dia turut menanggung malu apabila saudara-mara yang turut ditipu menyalahka­n dirinya kerana mengajak mereka menyertai pelaburan itu.

Dia mendakwa menyertai skim pembanguna­n Pulau Sirandah itu April lalu selepas teruja menerima bayaran keuntungan RM6,000 serta modal RM10,000 menerusi pelaburan eksport kelapa.

“Dalam projek pertama, saya bayar RM10,000 dan pada April lalu, pemilik syarikat memulangka­n semula modal serta keuntungan untuk tiga bulan berjumlah RM6,000.

“Kerana teruja, saya buat pinjaman peribadi sekitar RM150,000 dan korek duit simpanan RM30,000 untuk menyertai projek pulau Sirandah

50 mangsa syarikat dakwa dapat hak bangun

pulau di Indonesia rugi RM12j

itu,” katanya.

Katanya, bayaran keseluruha­n RM180,000 dibuat pada penghujung April namun syarikat berkenaan terus menghilang­kan diri selepas itu.

“Kemuncakny­a apabila kami dapat berita Bank Negara Malaysia (BNM) menyerbu syarikat itu September lalu serta menyita akaun milik syarikat berkenaan.

 ??  ?? AZRI (kiri) rugi RM180,000 selepas diperdaya syarikat dakwa dapat pajakan pulau di Indonesia
AZRI (kiri) rugi RM180,000 selepas diperdaya syarikat dakwa dapat pajakan pulau di Indonesia

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia