Harian Metro

Guna sistem NEWS kesan penyakit awal

-

Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) mencatat sejarah apabila muncul sebagai hospital universiti awam pertama di negara ini yang menggunaka­n sistem

National Early Warning Signs (NEWS)

bagi mengesan penyakit awal dihidapi pesakit secara menyeluruh.

Pengarahny­a, Prof Dr Tunku Kamarul Zaman Tunku Zainol Abidin berkata, pihaknya membangunk­an sistem berkenaan hasil daripada sistem NEWS The Royal College of Physician, United Kingdom pada tahun 2012 untuk diguna pakai di Malaysia.

“Melihat daripada kecekapan sistem ini, lima pasukan dari Teknologi Maklumat serta Jabatan Klinikal menjadi penggerak utama membangunk­an sistem ini secara elektronik berdasarka­n prinsip

yang terbukti berkesan dalam mengurangk­an kadar kemasukan pesakit ke Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Sistem ini juga menjadi alat komunikasi mudah di antara jururawat dan doktor dalam usaha mengenal pasti keadaan pesakit dari semasa ke semasa,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran NEWS,

track and trigger

di Auditorium Menara Selatan PPUM di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Klinikal PPUM Prof Madya Dr Nazirah Hasnan, Timbalan Pengarah Pengurusan PPUM Iskandar Ahmad, Timbalan Pengarah Ikhtisas PPUM Prof

Madya Dr Azura Mansor serta Ketua Jabatan Kualiti dan Tadbir Urus Klinikal PPUM Prof Madya Dr Idzwan Zakaria.

Beliau berkata, sistem itu adalah salah satu inisatif PPUM memberi penjagaan kesihatan yang berkualiti kepada pesakit di samping menjamin keselamata­n mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia