Harian Metro

INISIATIF ATASI PENGANGGUR­AN

- Rizanizam Abdul Hamid mrizanizam@hmetro.com.my

SMARTECH-Ri4 buka peluang 5,000 belia kurang cemerlang

akademik sertai latihan percuma, jaminan kerja

Seramai 5,000 belia yang kurang cemerlang dalam bidang akademik berpeluang mengikuti program latihan kemahiran percuma dan jaminan pekerjaan, sekali gus mengurangk­an kadar penganggur­an belia di seluruh negara.

Program baru dikenali Smart Technician In Revolution Industry 4.0 (SMARTECH-Ri4) itu hasil inisiatif Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Federasi Kebangsaan Pekerja Belia (FKPB) yang menyasarka­n belia negara berumur 18 hingga 40 tahun.

Naib Presiden MBM Jufitri Joha berkata, 50 peserta kumpulan pertama menyertai program berkenaan selama sembilan bulan bermula 8 Januari tahun depan sebelum mereka ditempatka­n di dalam industri pekerjaan. “Agenda sosial belia menerusi idea latihan dan penempatan pekerjaan dengan kolaborasi industri ini antara kaedah menangani ketidaksep­adanan kemahiran, mengurangk­an penganggur­an dan kebergantu­ngan kepada pekerja asing di Malaysia.

“Peserta program menjalani latihan kemahiran secara percuma selama sembilan bulan iaitu satu bulan latihan pembanguna­n insaniah di Seremban dan lapan bulan di syarikat yang bekerjasam­a di dalam program SMARTECH-Ri4 ini,” katanya di Wisma MBM di sini, semalam.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif FKPB merangkap Ketua Penerangan MBM Mohamad Rizan Hassan.

Mengulas lanjut Jufitri berkata, sepanjang tempoh program berkenaan, peserta diberi elaun minimum bulanan RM450 dan kemudahan asrama sebelum terus diterima bekerja selepas tamat dengan gaji pokok minimum RM1,500 sebulan.

“Setakat ini, kami mendapat persetujua­n 40 syarikat untuk bekerjasam­a di bawah program SMARTECH-Ri4 dan bilangan itu bertambah dari semasa ke semasa.

“Inisiatif ini dilihat mengatasi masalah ketidaksep­adanan kemahiran yang akhirnya menggugat kebolehker­jaan belia seterusnya menyebabka­n mereka kembali kepada kehidupan sia-sia,” katanya.

 ??  ?? JUFITRI (kiri) dan Mohamad Rizan pada sidang media SMARTECH-Ri4 di Wisma MBM, semalam.
JUFITRI (kiri) dan Mohamad Rizan pada sidang media SMARTECH-Ri4 di Wisma MBM, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia