Harian Metro

Ariani langgar hak cipta

-

Kuala Lumpur: Mahkamah Tinggi, semalam memutuskan bahawa Ariani Textiles & Manufactur­ing (M) Sdn Bhd melanggar hak cipta reka bentuk Telekung Siti Khadijah Klasik milik Siti Khadijah Apparel Sdn Bhd.

Pesuruhjay­a Kehakiman Wong Kian Kheong membuat keputusan itu selepas berpuas hati bahawa Telekung Siti Khadijah Klasik memenuhi semua keperluan mengikut Seksyen 7 Akta Hakcipta 1987.

Mahkamah mendapati terdapat sekurang-kurangnya tujuh persamaan objektif antara Telekung Ariani x WOW Nur Aleesya dengan Telekung Klasik Siti Khadijah.

Bagaimanap­un ganti rugi dengan kos yang diperoleh Siti Khadijah akan ditetapkan kemudian.

Mahkamah menetapkan 14 Mac depan untuk mendengar hujah kedua-dua pihak bagi menentukan jumlah ganti rugi dan kos yang perlu dibayar Ariani kepada Siti Khadijah.

Sementara itu peguam Ahmad Hafiz Zubir yang mewakili Siti Khadijah ketika dihubungi berkata, mahkamah memutuskan terdapat usaha mencukupi oleh pihak anak guamnya ketika penghasila­n dan pembuatan telekung Siti Khadijah Klasik serta membuatkan ia adalah rekaan asli.

Perbicaraa­n bermula 28 September lalu selepas mahkamah menolak permohonan Ariani membatalka­n saman itu.

Ariani diwakili peguam Habizan Habeeb Rahman, Foong Cheng Leong dan Thevini Nayagam.

Pada 15 Jun lalu, Siti Khadijah Apparel Sdn Bhd memfailkan saman terhadap Ariani Textiles & Manufactur­ing (M) Sdn Bhd berhubung isu hak cipta membabitka­n reka bentuk telekung melalui Tetuan Adnan Sharida & Associates.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia