Harian Metro

TAUKE BANTAL KEKABU

- Ayusliza Azizan hmetroshah­alam@hmetro.com.my

 Usahawan muda mampu raih jualan RM30,000 sebulan

Biarpun perniagaan diusahakan­nya pernah kerugian dan memerlukan tambahan modal, ia tidak mematahkan semangat seorang usahawan muda yang kini mencapai jualan antara RM15,000 hingga RM30,000 sebulan sebagai pembekal alatan jahitan dan bantal kekabu.

Mohd Zulhikmi Zolkifli, 28, seorang daripada 28 usahawan yang mengikuti program

dan menerima pentauliah­an selepas menamatkan modul keusahawan­an enam bulan.

Mohd Zulhikmi yang memiliki Ijazah Perakaunan daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM) itu berkata, dia mula menceburi bidang perniagaan berkenaan selepas bekerja di lapan syarikat swasta sebagai akauntan.

“Pada awalnya saya hanya menjalanka­n perniagaan dalam talian sebelum memiliki sebuah kedai di Klang bagi membantu penduduk sekitar membeli alatan jahitan pada harga murah.

“Hasil jualan sejak 2015 itu bagaimanap­un tidak dapat menampung perbelanja­an sebelum ia berubah selepas menyertai GROW hingga mendapat 50 peratus margin keuntungan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pentauliah­an dan Graduasi Usahawan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) 2017, di sini, kelmarin.

Majlis itu disempurna­kan Pengurus Besar Pembanguna­n Strategik PKNS Suhaimi Kasdon.

Kata Mohd Zulhikmi, dia menyasarka­n mencapai jualan mencecah RM100,000 sebulan dalam tempoh terdekat selepas menerima bimbingan dan strategi menguruska­n perniagaan yang betul tanpa perlu mengeluark­an modal tinggi.

 ??  ?? MOHD Zulhikmi menunjukka­n sijil pertauliha­n.
MOHD Zulhikmi menunjukka­n sijil pertauliha­n.
 ?? Mohd Zulhikmi Zolkifli ?? SUHAIMI (depan, lima dari kiri) bersama usahawan yang menerima sijil pentauliah­an, kelmarin.
Pada awalnya saya hanya menjalanka­n perniagaan dalam talian”
Mohd Zulhikmi Zolkifli SUHAIMI (depan, lima dari kiri) bersama usahawan yang menerima sijil pentauliah­an, kelmarin. Pada awalnya saya hanya menjalanka­n perniagaan dalam talian”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia