Harian Metro

KEBAS KERETA ‘SAKIT’

- Hafidzul Hilmi Mohd Noor hafidzul@hmetro.com.my

 Geng Kamal Jojo aktif larikan kenderaan

dengan menyamar penarik kereta

Kumpulan penjenayah dikenali sebagai Geng Kamal Jojo dikesan aktif melarikan kereta dengan menyamar sebagai ejen penarik kenderaan.

Sindiket terbabit dikesan menyasarka­n kereta tersadai lama sebagai sasaran untuk dilarikan sebelum dijual ke kedai menjual alat ganti kenderaan terpakai.

Kegiatan itu dibongkar Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh susulan penahanan dua lelaki berusia 38 dan 46 tahun.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superinten­dan S Somu berkata, kedua-dua suspek ditahan di sebuah pangsapuri di Kampung Baru Subang, 14 Disember lalu.

Beliau berkata, suspek dipercayai menyamar sebagai penarik kereta sebelum mencuri kereta yang lama tersadai di tepi jalan.

“Kumpulan ini akan menjual kereta yang dicuri untuk dijadikan komponen gantian di sebuah kedai yang menjual barangan terpakai.

“Kedua-dua suspek ini dipercayai menerima arahan daripada ketua kumpulan mereka yang dikenali sebagai Kamal,” katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh di sini, semalam.

Somu berkata, polis kini mengesan Kamal yang melarikan diri.

“Geng Kamal Jojo dipercayai aktif sejak sebulan lalu dan menyasarka­n kereta tersadai di tepi jalan untuk dicuri.

“Pemeriksaa­n ke atas suspek mendapati seorang daripadany­a mempunyai rekod jenayah lampau kesalahan dadah,” katanya.

Katanya, polis turut menahan pemilik kedai barangan terpakai berusia 52 tahun bagi membantu siasatan.

 ??  ?? SOMU (dua dari kiri) menunjukka­n kenderaan yang dirampas di sebuah kedai terpakai di Sungai Buloh pada sidang media, semalam.
SOMU (dua dari kiri) menunjukka­n kenderaan yang dirampas di sebuah kedai terpakai di Sungai Buloh pada sidang media, semalam.
 ??  ?? KAMAL
KAMAL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia